• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Ditahan Dipercayai Dera Anak Tiri Berumur 7 Tahun

oleh Ahmad Albab
27/05/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Polis menahan seorang lelaki di rumahnya di Flat Taman Selesa Jaya, Skudai, di sini, petang semalam, selepas dipercayai mendera seorang anak lelaki tirinya yang berusia tujuh tahun.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri Supt Noor Hashim Mohamad berkata lelaki berumur 40 tahun itu ditahan pada kira-kira 5 petang selepas polis menerima laporan daripada seorang doktor di sebuah klinik kesihatan di Skudai, kira-kira 11 pagi, semalam.

“Kanak-kanak itu dibawa ke klinik oleh pihak sekolah pada 17 Mei lepas setelah mengadu sakit di seluruh anggota badan. Pemeriksaan doktor kemudian mendapati dia mengalami beberapa kecederaan termasuk pendarahan dalaman pada mata kanan, lebam pada mata kiri, lebam di belakang badan dan kesan cubitan pada badan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Noor Hashim berkata berdasarkan siasatan awal, lelaki itu yang tidak mempunyai pekerjaan tetap, mengaku ada memukul anak tirinya.

Beliau berkata kanak-kanak itu menetap di rumah tersebut bersama ibunya yang juga merupakan isteri kedua lelaki tersebut.

Katanya, kanak-kanak tersebut dipercayai didera kerana sering membawa pulang barang milik rakan sekolahnya yang menyebabkan suspek marah dengan perbuatan tersebut.

Sehubungan itu, lelaki terbabit kini direman bermula hari ini sehingga Isnin ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001, katanya. – BERNAMA

Tags: Dera
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Budak Sembilan Tahun Maut Disyaki Didera Bapa Tiri

Budak Sembilan Tahun Maut Disyaki Didera Bapa Tiri

23/06/2025
0

MELAKA – Seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun maut dipercayai didera oleh bapa tiri di sebuah rumah di Kota Laksamana,...

Guru Wanita Disyaki Dera Kanak-Kanak Perempuan Direman Enam Hari

Guru Wanita Disyaki Dera Kanak-Kanak Perempuan Direman Enam Hari

31/05/2025
0

Gombak: Guru wanita yang disyaki mendera seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun direman enam hari bermula hari ini. Ketua Polis...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd