• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, April 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Langkawi Destinasi Pelancongan Kelapan Terbaik Asia

oleh
10/05/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUAH – Pulau Langkawi merupakan destinasi pelancongan kelapan terbaik di benua Asia berdasarkan pandangan daripada pelancong asing ke pulau peranginan itu menerusi laman penyediaan maklumat pelancong, TripAdvisor.

Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), Tan Sri Khalid Ramli ketika mendedahkan perkara tersebut berkata, sebelum ini Langkawi hanya menduduki tangga kesepuluh antara paling baik di Asia.

Bercakap pada sidang media selepas merasmikan majlis penyerahan pangkalan nelayan Sungai Kuah bernilai lebih RM2 juta di sini, beliau berkata LADA sedang berusaha membawa lebih banyak pelancong ke pulau bebas cukai itu.

Antara usahanya termasuk berbincang dengan syarikat penerbangan. Beliau berkata sehingga kini terdapat 227 penerbangan seminggu dari Kuala Lumpur ke Langkawi berbanding lebih 100 penerbangan seminggu pada 2010.

Khalid malah berkata sebanyak 664,349 pelancong berkunjung ke Langkawi dalam tempoh dua bulan pertama tahun ini, meningkat 14.8 peratus berbanding tempoh yang sama pada tahun lepas iaitu kira-kira 578,622 orang.

Langkawi satu-satunya daerah berpulau sepenuhnya di Kedah, kini menyasarkan kunjungan empat juta pelancong pada tahun ini berbanding 3.6 juta pelancong dicatatkan sepanjang tahun lepas. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: LangkawiTripAdvisor
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kanak-Kanak Rusia Maut Disengat Ubur-Ubur Di Langkawi

Kanak-Kanak Rusia Maut Disengat Ubur-Ubur Di Langkawi

20/11/2025
0

KANAK-KANAK RUSIA MAUT DISENGAT UBUR-UBUR KOTAK DI PANTAI CENANG Oleh Mynewshub LANGKAWI, 20 November – Seorang kanak-kanak lelaki warga Rusia...

Permukiman Menteri Luar Asean Tamat, Pamer Kecemerlangan Langkawi

Permukiman Menteri Luar Asean Tamat, Pamer Kecemerlangan Langkawi

19/01/2025
0

Langkawi : Permukiman Menteri Luar Asean (AMM) yang diadakan di Langkawi, Kedah melabuhkan tirai dengan jayanya hari ini, sekali gus...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd