• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 25, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Laluan Rafah Dibuka Sementara Selepas 85 Hari Ditutup

oleh AK-47
11/05/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KAHERAH – Kedutaan Palestin di Kaherah telah mengisytiharkan pembukaan sementara pintu sempadan Mesir-Gaza di Arafah yang akan dilakukan dalam tempoh dua hari, bermula pada hari Rabu hingga Khamis, esok.

Pembukaan sementara selepas 85 hari Laluan Rafah itu ditutup adalah bagi menghormati permintaan Presiden Palestin Mahmoud Abbas yang tiba di Mesir bagi memulakan lawatan rasmi selama dua hari di negara tersebut.

Pintu sempadan itu, satu-satunya laluan untuk penduduk Palestin di Gaza ke luar negara akan digunakan sepenuhnya oleh kedua-dua negara Mesir dan Palestin bagi tujuan bantuan perubatan, misi kemanusiaan dan urusan pemegang permit residen.

13116283_10154795462920744_6275752514287222223_o
Seorang wanita Palestin menangis teresak-esak semasa menunggu gilirannya di kompleks kastam Palestin.
13113041_10154795462360744_5408677650278760412_o
Rakyat Palestin yang terkandas di Mesir kelihatan berasak-asak memenuhi kastam Mesir selepas Laluan Rafah diisytiharkan buka semula selama dua hari.

Sempadan itu mula ditutup pada 25 Oktober 2014 selepas aktivis Islam Mesir di Karam Al-Qawadis, Sinai membunuh 33 anggota keselamatan negara itu.

Tindakan itu menyebabkan kira-kira 6,000 rakyat Palestin di Mesir dan dari negara ketiga terkandas.

Laluan Rafah merupakan satu-satunya pintu masuk ke Semenanjung Gaza yang tidak dikawal oleh Israel.

Gaza dikuasai oleh Hamas yang mempunyai hubungan erat dengan Ikhwanul Muslimin, kumpulan yang diharamkan oleh kerajaan Mesir selepas penggulingan kerajaan Presiden Mohamed Mursi tahun lalu. – MYNEWSHUB.CC

Tags: GazaMesir
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kapak Australia 50,000 Tahun Disahkan Tertua Di Dunia

Next Post

Meghan Trainor Tarik Semula Video Yang Diedit Melampau

Related Posts

Trump Ikrar Akhiri Perang Di Gaza

Trump Ikrar Akhiri Perang Di Gaza

14/05/2025
0

RIYADH – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, menyatakan sokongan padu terhadap rakyat Gaza dan menyeru masyarakat antarabangsa agar menangani...

‘Buka Pintu Neraka Di Gaza’

‘Buka Pintu Neraka Di Gaza’

03/03/2025
1

TEL AVIV - Hamas dan Israel terlibat pertikaian lagi apabila Tel Aviv sengaja menyekat aliran bantuan kemanusiaan ke Genting Gaza...

Next Post

Meghan Trainor Tarik Semula Video Yang Diedit Melampau

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd