Thursday, May 2, 2024

Creating liberating content

Pantai Batu Buruk Kini...

KUALA TERENGGANU - Pantai Batu Buruk yang mempunyai keluasan kira-kira 49 hektar telah...

“Rujuk Kepada ROS Adalah...

KUALA LUMPUR : Datuk Seri Ismail Sabri menegaskan, Pendaftar Pertubuhan (ROS) adalah tempat...

Video: Tak Sempat Elak,...

SEBUAH rakaman yang memaparkan satu kemalangan membabitkan beberapa buah kereta dalam satu kejadian di...

Lokman Noor Adam Dipenjara...

KUALA LUMPUR - Bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam dijatuhi...

Lagu Dikritik, Ayda Jebat Minta Belajar Hormati Kerja Orang

BARU-baru ini, sebuah blog telah mengkritik dan menyenaraikan lagu nyanyian Ayda Jebat, Pencuri Hati sebagai lagu tidak berkualiti serta memperlekehkan intelektual pendengar.

Rentetan itu, Ayda telah membidas penulis blog tersebut dan meminta agar menghormati susah payah orang lain dalam menghasilkan karya tersebut.

Menurut Ayda atau mesra dengan panggilan adik berkata, sesebuah karya itu dihasilkan menerusi satu proses yang panjang bukan mudah seperti mereka sangkakan.

“Mereka (pengkritik) hanya tahu menghentam sahaja, mereka patut belajar menghormati kerja orang lain biar nanti orang lain akan respek kerja mereka pula.

“Untuk buat sesuatu lagu itu bukan mudah dan banyak pihak yang terlibat dab berkorban masa untuk menghasilkannya.


“Saya tidak ambil kisah pun kerana kalau saya ambil tahu akan buat hati saya sakit sahaja. Muzik itu subjektif dan kalau mereka tidak suka ada orang lain yang suka.

“Di luar negara ramai penyanyi terkenal membawa lagu yang berbeza mengikut tren semasa dan mereka diterima ramai dengan muzik tersebut. Tidak semestinya lagu genre balada itu sahaja boleh jadi lagu terbaik dan berkualiti,” katanya kepada mStar Online.

Meskipun lagu Pencuri Hati dikritik, lirik video yang dimuat naik pada 17 Februari lalu telah mendapat lebih 4 juta tontonan di laman YouTube. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori