• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, November 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kontraktor Mengaku Tak Bersalah, Tipu RM290,171

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BAHARU – Seorang kontraktor mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas empat pertuduhan menipu pegawai kewangan negeri Kelantan melibatkan pembayaran berjumlah RM290,171.

Yusri Che Noh, 45, didakwa dengan curang menipu pegawai kewangan itu dengan memperdayakannya untuk mempercayai bahawa tuntutan membekal bahan dan kerja membina dan menyiapkan pagar konkrit serta membekal cat dan mengecat pagar di Rest House (rumah ketua jajahan) Gua Musang, melalui invois Yus Construction and Trading bertarikh 3 Jun 2007 berjumlah RM176,100.

Dia didakwa melakukan kesalahan tersebut di Pejabat Pegawai Kewangan Negeri, Perbendaharaan Negeri Kelantan, Kota Darul Naim di sini, antara 8 pagi hingga 5 petang pada 10 Jun 2007.

Bagi pertuduhan kedua, Yusri dituduh dengan curang memperdayakan pegawai kewangan itu untuk mempercayai bahawa tuntutan membekal ‘paving’, pasir dan merata tanah untuk kerja memasang ‘paving’ di perkarangan bahagian luar bangunan Rest House itu melalui invois Yus Construction and Trading bertarikh 12 Mei 2008 berjumlah RM32,351.

Pertuduhan ketiga, dia didakwa dengan curang menipu pegawai kewangan berkenaan dengan memperdayakannya untuk mempercayai bahawa tuntutan membekal piramid jalan dan kerja-kerja menurap laluan jalan masuk ke Rest House tersebut melalui invois Damai RY Enterprise bertarikh 15 Mei 2008 berjumlah RM39,600.

Sementara satu lagi pertuduhan (tuduhan keempat) yang dibacakan berasingan, Yusri didakwa dengan curang menipu pegawai kewangan itu dengan memperdayakannya untuk mempercayai bahawa tuntutan membekal bahan dan kerja-kerja membina, menyiapkan bangunan bilik air, tangki air serta kerja memasang jubin di Rest House berkenaan melalui invois Damai RY Trading bertarikh 21 Mei 2008 berjumlah RM42,120.

Bagi pertuduhan kedua, ketiga dan keempat itu, Yusri didakwa melakukan kesalahan tersebut di Pejabat Pegawai Kewangan Negeri, Perbendaharaan Negeri Kelantan, Kota Darul Naim di sini, antara 8 pagi dan 5 petang pada 25 Mei 2008.

Bagi setiap pertuduhan itu, Yusri yang berasal dari Jelawat, Bachok, didakwa melakukan kesalahan berkenaan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara selama tempoh tidak kurang dari satu tahun dan tidak lebih 10 tahun, dan dengan sebatan dan boleh dikenakan denda.

Hakim Mohd Yusoff Yunus membenarkan tertuduh diikat jamin RM50,000 dengan seorang penjamin bagi pertuduhan pertama, kedua dan ketiga, manakala satu lagi pertuduhan, dia dibenarkan ikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin.

Mohd Yusoff juga mengarahkan pasport tertuduh diserahkan kepada mahkamah dan menetapkan tarikh sebutan kes itu pada 28 Jun ini.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Amer Abu Bakar Abdullah dan Shahidah Muslimah Roslan. – BERNAMA

Tags: kontraktormahkamah
Share204Tweet127SendShare

Related Posts

Media Lapor Kenderaan Bawa Najib Keluar Penjara Kajang Ke Mahkamah

Media Lapor Kenderaan Bawa Najib Keluar Penjara Kajang Ke Mahkamah

10/11/2026
0

KAJANG - Kenderaan yang membawa bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dilaporkan keluar dari pekarangan Kompleks Penjara...

Mahkamah Boleh Keluarkan Perintah Baharu Hari Ini, Tidak Perlu Bicara Hanya Pinda Ayat  – Isham Jalil

Mahkamah Boleh Keluarkan Perintah Baharu Hari Ini, Tidak Perlu Bicara Hanya Pinda Ayat – Isham Jalil

10/11/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang kini bersama PAS, Isham Jalil berpandangan mahkamah yang sama...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd