• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KKM Keluar 221 Notis Dalam Ops Puntung

oleh Ahmad Albab
13/05/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan (KKM) mengeluarkan 221 notis kesalahan berjumlah RM55,150 menerusi operasi bersepadu Ops Puntung bagi membanteras aktiviti merokok di kawasan larangan di sekitar ibu negara semalam.

Timbalan Pengarah (Kesihatan Awam) Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya Dr Wan Mansor Hamzah berkata daripada jumlah itu, 91 daripadanya dikeluarkan masing-masing di premis kerajaan dan di kompleks membeli-belah, 31 lagi di hentian pengangkutan awam, dua notis di premis makanan berhawa dingin manakala satu di hospital atau klinik kesihatan.

Beliau berkata kementerian juga telah mengeluarkan dua notis kepada premis yang gagal mempamerkan ‘Tanda Larangan Merokok’ dan tiga kepada pesalah bawah umur.

“Jadi melalui penguatkuasaan ini, KKM berharap dapat melatih perokok supaya tidak merokok di tempat awam seterusnya kurangkan dan kalau boleh berhenti daripada tabiat ini,” katanya dalam satu sidang media di sini, hari ini.

Operasi bersepadu yang bermula pukul 9 pagi sehingga 10 malam itu melibatkan 182 anggota dari KKM, Polis Diraja Malaysia dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Katanya KKM akan terus komited menjalankan operasi sebegini bagi mencapai tujuan Pelan Strategik Kebangsaan Bagi Kawalan Tembakau yang menyasarkan negara bebas daripada sebarang bentuk amalan merokok menjelang tahun 2045.

Semua notis yang dikeluarkan tertakluk di bawah Akta Makanan 1983 Peraturan-peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004, katanya. – BERNAMA

Tags: KKMmerokok
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Lepas Bahasa Cina, Netizen Pula Minta Kad Kesihatan Versi Jawi, Bajau, Dusun, Suluk Sampai Sanskrit”

“Lepas Bahasa Cina, Netizen Pula Minta Kad Kesihatan Versi Jawi, Bajau, Dusun, Suluk Sampai Sanskrit”

22/05/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Isu penggunaan kad pemantauan kesihatan dalam bahasa Cina oleh fasiliti di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia...

DAPSY Pertahan Kad Pemantauan Kesihatan Dalam Bahasa Cina, KKM Milik Seluruh Rakyat Malaysia

DAPSY Pertahan Kad Pemantauan Kesihatan Dalam Bahasa Cina, KKM Milik Seluruh Rakyat Malaysia

20/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) mempertahankan penggunaan Kad Rekod Pemantauan Pesakit Denggi dalam bahasa Cina di klinik kerajaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd