• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KKLW Sedia Terima Perda Kembali – Ismail Sabri

oleh Ahmad Albab
29/05/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TASEK GELUGOR – Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) sentiasa bersedia dan terbuka untuk menerima kembali kemasukan Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (Perda) sebagai agensinya.

Menterinya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata pihaknya sentiasa menyokong perkara itu jika ia lebih menguntungkan masyarakat Bumiputera dari segi keusahawanan, perusahaan dan pembangunan ekonomi.

“Asalnya Perda memang di bawah KKLW, di bawah agensi wilayah seperti Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah), Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (Keda), Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (Kejora) dan Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar).

“Namun Perda dikeluarkan perdana menteri pada waktu itu iaitu Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) kerana nak bagi tumpuan khas kepada Perda,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Ekspo Usahawan Bumiputera Pulau Pinang (PenBex) di Dataran Transformasi di sini, hari ini.

Beliau berkata jika Perda, yang dipindahkan ke Jabatan Perdana Menteri pada 2005 dipulangkan kepada KKLW, kementerian bukan sahaja menyediakan pelbagai program khusus, malah turut mempunyai peruntukan khas untuk agensi berkenaan.

“Bagaimana pun keputusan untuk mengembalikan Perda kepada KKLW masih dalam pertimbangan MOF (Kementerian Kewangan) dan EPU (Unit Perancang Ekonomi),” kata Ismail Sabri.

Sementara itu Pengerusi Perda, Datuk Shabudin Yahaya berkata pihaknya telah mengemukakan permohonan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk meminta agensi itu dimasukkan kembali di bawah KKLW lebih kurang dua tahun lalu.

“Perkara ini bukan mudah, perlu melalui pelbagai proses dan akan ambil masa yang lama (untuk diluluskan). Setakat ini respons diterima adalah baik dan pihak kementerian (KKLW) dan JPM (Jabatan Perdana Menteri) tiada halangan,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Ismail Sabri memberitahu program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (Tube) yang dilaksana sejak 2014 berjaya mewujudkan 937 perniagaan baharu dengan nilai terkumpul sebanyak RM17.8 juta di samping mewujudkan kira-kira 850 peluang pekerjaan.

“Sehingga kini geran bernilai hampir RM630,000 telah dimanfaatkan oleh 42 peserta Tube untuk memula dan menjalankan perniagaan dalam pelbagai bidang.

“Mengenai PenBex, selain menjadi medan business matching atau business networking, ia juga berperanan sebagai platform kepada agensi-agensi kerajaan untuk kenal pasti usahawan berpotesni untuk pasaran dalam dan luar negara,” katanya. – BERNAMA

Tags: Ismail SabriKKLW
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Kes Ismail Sabri: Siasatan SPRM Selesai, Akan Mohon Lucut Hak RM170 juta – Azam Baki

Kes Ismail Sabri: Siasatan SPRM Selesai, Akan Mohon Lucut Hak RM170 juta – Azam Baki

25/06/2025
0

PUTRAJAYA: Kesemua aset termasuk wang tunai berjumlah RM170 juta dan 16 kilogram jongkong emas yang ditemui dalam 'safehouse' yang dikaitkan...

‘Duit Dirampas Dalam Kes Ismail Sabri Paling Banyak Pernah Dilihat Sepanjang Karier Saya’ – Azam Baki

‘Duit Dirampas Dalam Kes Ismail Sabri Paling Banyak Pernah Dilihat Sepanjang Karier Saya’ – Azam Baki

28/05/2025
0

KAJANG: Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki mengakui rampasan wang tunai bernilai RM177 juta dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd