Tuesday, May 14, 2024

Creating liberating content

BN Beri Komitmen Bantu...

SANDAKAN - Barisan Nasional (BN) memberikan komitmen berterusan untuk membantu golongan muda yang...

ABIM Gesa Pihak Berkuasa...

KUALA LUMPUR – Pihak berkuasa digesa mengambil tindakan segera dan tegas terhadap mereka...

Isu Ceroboh Nelayan Asing...

KOTA KINABALU - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menafikan dakwaan pihak tertentu bahawa...

Aedy Suka Tayang Badan,...

SIAPA tidak kenal dengan pelakon remaja, Aedy Ashraf yang pernah popular suatu masa dulu...

Kes Tibi Menurun 21 Peratus Di Sandakan

SANDAKAN – Kes penyakit Tibi di daerah ini menurun 21 peratus dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini dengan mencatatkan 142 kes berbanding 188 kes bagi tempoh sama tahun lepas.

Pegawai Pejabat Kesihatan Kawasan Sandakan, Dr. Johari Awang Besar berkata pihaknya giat membendung penyakit itu dengan melakukan saringan terhadap orang ramai.

Beliau berkata pegesanan awal membolehkan rawatan lengkap diberikan kepada pesakit selain mengawal jangkitan penyakit itu.

“Oleh itu, penting bagi orang ramai membuat saringan awal Tibi bagi mengesan penyakit ini,” katanya pada Program Sihat Ceria Bersama Raymond di Rumah Murah Sim-Sim yang dirasmikan Timbalan Ketua Menteri, Datuk Raymond Tan Shu Kiah di sini, hari ini.

Menurutnya laporan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) menyatakan penyakit Tibi membunuh lebih ramai orang muda dan dewasa berbanding penyakit berjangkit yang lain.


“Sekiranya seseorang dijangkiti Tibi dan tidak mendapat rawatan, ia akan menjangkiti antara 10 hingga 15 orang setahun,” katanya. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • Tibi

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori