Saturday, October 5, 2024

Creating liberating content

“Jangan Berlebihan Tanggapi Isu...

JAKARTA - Presiden Joko Widodo hari ini sekali lagi menggesa rakyat Indonesia agar...

Langgan Pelacur Guna ‘We...

SINDIKET pelacuran kini beralih kepada modus operandi baru untuk mencari pelanggan dengan menggunakan...

Ketua Setiausaha MOEA Enggan...

KUALA LUMPUR - Ketua Setiausaha Kementerian Hal Ehwal Ekonomi Datuk Saiful Anuar Lebai...

Emosi Seseorang Mempengaruhi Perubahan...

TULISAN tangan seseorang akan mengalami situasi perubahan yang boleh dilihat dengan mudah dan...

Kerana Kahwin Mat Bangla, Wanita Melayu Ini Digelar ‘Bodoh’!

SEKEPING gambar memaparkan majlis perkahwinan seorang wanita Melayu dengan lelaki warga Bangladesh kini tersebar menerusi di laman sosial.

Tidak pasti di mana dan bila kejadian ini dirakam, namun gambar tersebut menerima pelbagai reaksi dari netizen.

Rata-rata netizen mengecam tindakan gadis Melayu itu lantaran menerima lamaran warga Bangladesh itu sehinggakan ada memberi komen berunsur hinaan.

“15 tahun lagi wanita ini minta bantuan pemuda UMNO tolong selamatkan dia di Bangladesh. Tak tahan hari-hari kena pikul air telaga, makan nasi sehari sekali dan tiada baju raya,” kata Mukhsin Mohd.

“Dah takde lelaki Malaya ke? Pergi cari bangla. Tahanla hidung lepas ini bau ketiak ala-ala kari dhal,” kata Hazuraida.

Menerusi beberapa komen di gambar tersebut, rata-rata netizen mengecam tindakan gadis Melayu yang menerima lamaran warga Bangladesh itu.

Paling melampau, ada pula mulut ‘puaka’ mengelarkan wanita ini bodoh kerana banyak lagi lelaki Melayu yang hensem dan kaya boleh dijadikan suami.

wanita kahwin bangla dikecam

Apa yang menyedihkan, rata-rata yang mengutuk adalah orang Islam sendiri.

Terpanggil untuk mempertahankan wanita tersebut, seorang netizen tampil ‘menyekolahkan’ netizen lain.


Menurutnya, individu yang mengutuk wanita ini bukan beragama Islam kerana tidak mempercayai Allah SWT.

Ini kerana jelasnya, jodoh itu sudah ditentukan Tuhan Yang Esa.

Menerusi beberapa komen di gambar tersebut, rata-rata netizen mengecam tindakan gadis Melayu yang menerima lamaran warga Bangladesh itu.

Pada masa yang sama, netizen ini turut menyifatkan orang yang menghina wanita itu sebagai munafik dan mempunyai hati kotor sehina bangkai babi.

Pergh.. walaupun nasihatnya ringkat tapi sebenarnya agak padat.

Sesungguhnya, semua manusia di muka bumi ini adalah setaraf tidak kira agama dan bangsa. Oleh itu, siapalah kita untuk menghakimi orang lain.

Apa pun, selamat pengantin baru buat pasangan ini dan semoga berbahagia. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori