Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

Video: Wanita Diragut Diseret...

KUALA LUMPUR - Tindakan seorang wanita melawan ketika diragut menyebabkan dia terseret beberapa...

Asing Gelas Tak Ikut...

KUALA NERANG - Tindakan pentadbir sebuah sekolah rendah yang mengasingkan gelas minuman untuk...

Pemilihan PKR 2022: Penamaan...

SHAH ALAM - Proses penamaan calon peringkat pimpinan di semua 222 cabang seluruh...

Surat Jemput Radiohead Ke...

IPOH - Nurul Izzah Anwar hari ini berkata beliau komited untuk menunaikan janjinya...

Kena Cerai Sebab Asyik Dengan Telefon Bimbit Pada Malam Pertama

SEORANG lelaki telah menceraikan isteri yang baru dikahwininya selepas wanita berkenaan terlalu sibuk melayan telefon bimbitnya ketika lelaki itu mengharapkan `sesuatu’ pada malam pertama mereka.

Kejadian berlaku apabila pengantin lelaki membawa isterinya itu bilik hotel di Arab Saudi selepas beberapa jam melangsungkan perkahwinan.

Namun ketika dia cuba mengadakan hubungan intim dengan isterinya, wanita itu telah menolaknya sebaliknya dia asyik melayan kawan-kawannya menerusi telefon bimbit untuk menceritakan mengenai majlis perkahwinan tersebut.

Malah apabila wanita itu diminta menghentikan perbuatannya, dia telah memarahi suaminya.

“Pengantin lelaki terkejut kerana wanita itu langsung tidak mempedulikannya.

“Apabila ditanya adakah kawan-kawannya itu lebih penting, pengantin wanita menjawab ya.


“Ia menyebabkan berlaku pertengkaran dan lelaki itu terus keluar dari bilik hotel terbabit sambil memberitahu wanita itu bahawa dia mahu bercerai,’’ kata sumber kepada Gulf News.

Meskipun mahkamah merujuk kes berkenaan kepada jawatankuasa perdamaian tetapi lelaki berkenaan tetap dengan keputusannya untuk bercerai. – MYNEWSHUB.CC

Sumber: Gulf News

1 komen

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori