• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kawasan Pesawat Terhempas Dikawal Rapi Anggota Tentera

oleh Ahmad Albab
18/05/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PEKAN – Kawasan pesawat Aermacchi MB339CM milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) terhempas di Kampung Pandan Dalam semalam di Nenasi dekat sini dikawal rapi oleh sepasukan anggota TUDM.

Orang awam sudah tidak lagi dibenarkan untuk menghampiri kawasan berkenaan bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.

Malah petugas media juga tidak dibenarkan menghampiri kawasan kejadian dari jarak lebih kurang 70 meter atas faktor keselamatan.

Lebih kurang 10.30 pagi tadi sekumpulan pegawai kanan dan angggota dari Pangkalan Udara TUDM Kuantan yang dianggarkan seramai 12 orang kelihatan datang meninjau keadaan bangkai pesawat di lokasi kejadian.

Bagaimanapun sehingga kini masih tiada maklumat bilakah bangkai pesawat itu akan dibawa keluar dari lokasi kejadian tetapi Bernama difahamkan pihak TUDM akan bekerjasama dengan Tentera Darat Diraja Malaysia untuk urusan membawa keluar pesawat itu.

Pesawat yang membawa dua jurulatih penerbangan, Mejar Nazrul Hafiz Zaimi dan pelatih penerbangan, Left Mohd Hakimi Khairi dilaporkan terhempas setelah mengalami kerosakan teknikal di Kampung Pandan Dalam berhampiran Kampung Serun Dalam, kira-kira 100 kilometer dari Kuantan pada pukul 12.54 tengah hari semalam.

Kedua-dua mereka, bagaimanapun selamat apabila berjaya keluar menggunakan kerusi injal, namun Mohd Hakimi patah kaki kirinya dan masih dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) – BERNAMA

Tags: Nahas Pesawat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Nahas Pesawat: Turkiye Sahkan Semua 20 Anggota Tentera Terkorban

Nahas Pesawat: Turkiye Sahkan Semua 20 Anggota Tentera Terkorban

12/11/2025
0

ANKARA: Kementerian PertahananTurkiye mengesahkan kesemua 20 anggota tenteranya yang berada dalam pesawat kargo tentera C-130 yang terhempas di Georgia, terkorban....

141 Daripada 179 Mangsa Nahas Pesawat Jeju Air Dikenal Pasti

141 Daripada 179 Mangsa Nahas Pesawat Jeju Air Dikenal Pasti

30/12/2024
0

MUAN (Korea Selatan), - Setakat ini, mayat 141 daripada 179 mangsa yang terkorban dalam nahas pesawat Jeju Air minggu ini...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd