• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kali Terakhir Kevin Morais Guna Kad Akses Kondo, Pagi 4 Sept

oleh Ahmad Albab
05/05/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu bahawa kad akses keluar dan masuk ke Kondominium Menara Duta, digunakan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony Kevin Morais, buat kali terakhir pada 7.41 pagi 4 Sept tahun lepas.

Pengurus Kondominium Menara Duta M.Sharmilar Jyothi, 30, berkata maklumat itu diperoleh berdasarkan data keluar masuk yang direkodkan secara automatik ke dalam sistem pengurusan kondominium berkenaan.

Wanita itu berkata demikian semasa pemeriksaan utama Timbalan Pendakwa Raya Masri Mohd Daud pada hari ke-10 perbicaraan kes pembunuhan Kevin Morais.

Katanya, kad itu tidak digunakan lagi selepas 4 Sept kerana pegawai penyiasat Inspektor Ahmad Zikri memintanya tidak mengaktifkan kad berkenaan pada 7 Sept 2015.

“Sehingga kini, kad itu tidak aktif. Jadi sesiapa yang menggunakannya (kad), palang automatik tidak akan terbuka,” katanya yang turut memaklumkan pengurusan kondominium itu mengeluarkan dua kad akses yang didaftarkan atas nama Kevin Morais dan rakan serumahnya V. Davveen, 24.

Saksi pendakwaan ke-17 itu, berkata dua kad akses itu didaftarkan untuk unit kediaman 153-2-7, yang didiami Kevin dan Davveen bagi kereta bernombor pendaftaran WXD1932 dan WXE4032.

Ketika pemeriksaan balas, peguam Datuk N.Sivananthan, Sharmilar berkata satu daripada kad akses berkenaan sentiasa digunakan Kevin Morais berdasarkan maklumat dari pengawal keselamatan di pos pengawal kondominium itu.

Bagaimanapun, katanya satu lagi kad akses keluar dan masuk digunakan kali terakhir untuk masuk ke kondominium itu pada pukul 6.58 petang 23 Ogos 2015.

Sivananthan: Selepas 23 Ogos 2015, Davveen masuk ke kondominium dan tidak keluar lagi?

Sharmilar: Dia tidak menggunakan sebarang kad akses. Dia masuk saja. Kad akses telah digunakan oleh lelaki yang menjaga penyelenggaraan bernama Rana, yang memandu Viva.

Sivananthan: Kereta apa yang didaftarkan?

Sharmilar: Setahu saya, Kevin mempunyai dua buah kereta. Kereta Perdana merupakan kereta rasmi kerajaan dan sebuah lagi kereta peribadinya.

Sivananthan: Jadi, sebuah didaftarkan atas nama Kevin dan sebuah lagi atas nama Rana?

Sharmilar: Kereta yang kedua, berwarna putih.

Sivananthan: WXD1932 merupakan kereta Perdana?

Sharmilar: Ya.

Sivananthan: WXE4032 merupakan Proton Inspira?

Sharmilar: Saya tidak pasti.

Sementara itu, semasa pemeriksaan semula, Sharmilar memaklumkan beliau masuk bertugas pada 7.41 pagi berkenaan bagaimanapun tidak nampak kereta itu (WXD1932) keluar dari kondominium.

Masri: Bila puan dimaklumkan kereta tersebut keluar pada waktu itu?

Sharmilar: Malam, semasa saya dipanggil oleh pejabat pengurusan untuk melihat CCTV. Ada CCTV tetapi tidak berfungsi.

Enam lelaki – G.Gunasekaran, 48, R. Dinishwaran, 24, A.K. Thinesh Kumar, 23, M.Vishwanath, 26, S.Nimalan, 23, dan S.Ravi Chandaran, 45, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan membunuh Kevin Morais antara 7 pagi dan 8 malam, 4 Sept, 2015, di antara Jalan Dutamas Raya Sentul dan No.1 Jalan USJ1/6D, Subang Jaya.

Kol Dr R. Kunaseegaran, 53, yang merupakan tertuduh pertama, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan bersubahat dengan enam lelaki itu dalam pembunuhan Kevin Morais di tempat, tarikh dan masa sama.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Azman Abdullah bersambung esok. – BERNAMA

Tags: Anthony Kevin Morais
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Najib Sekali Lagi Tanya Kit Siang Mana Pendrive?

30/01/2019
0

KUALA LUMPUR - Bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak menuntut veteran DAP, Lim Kit Siang mengemukakan pendrive yang sebelum...

Saya Ditawar RM1.5 Juta Jika Mengaku Bunuh Kevin Morais

27/08/2018
0

KUALA LUMPUR — “Saya ditawarkan wang RM1.5 juta jika mengaku bersalah membunuh Kevin Morais,”, dedah tertuduh ketujuh dalam kes pembunuhan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd