• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Juara EPL, Leicester City Akan Melawat Thailand Pada 18 Mei

oleh Ahmad Albab
06/05/2016
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

BANGKOK – Juara baharu Liga Perdana Inggeris, Leicester City Football Club (LCFC) akan melawat Thailand Pada 18 Mei bagi menghargai peminat mereka di negara itu.

Kelab yang dimiliki taikun kedai bebas cukai King Power International Group, Vichai Srivaddhanaprabha itu akan terbang ke Bangkok dua hari selepas perlawanan akhir musim ini di Chelsea pada 15 Mei.

“King Power mengesahkan bahawa keseluruhan pasukan termasuk Jamie Vardy dan pengurus Claudio Ranieri akan ke Thailand,” menurut media tempatan di sini hari ini.

Selepas tersingkir pada musim lepas, Leicester mempamerkan aksi mengejutkan selepas menjuarai EPL musim ini, meninggalkan pasukan ternama seperti Manchester United, Manchester City dan Arsenal, jauh di belakang.

Menurut majalah The Forbes tahun lepas, Vichai, pemilik King Power, merupakan lelaki kesembilan terkaya di Thailand.

Penganut agama Buddha dan peminat sukan polo, bilionair itu membeli kelab tersebut pada 2010 selepas menaja jersi ‘Foxes’ untuk tiga musim dan dilantik sebagai pengerusi kelab pada 2011.

Populariti Leicester dalam kalangan peminat bola sepak Thai melonjak sejak permulaan musim ini apabila kelab itu berjaya melepasi segala kemungkinan sehingga mengungguli kejuaraan EPL beberapa hari lalu.

Sementara itu, media tempatan berkata antara aktiviti bagi pasukan itu ketika lawatan mereka ke Thailand ialah menandatangani buku ucap selamat untuk Raja Thailand di Grand Palace dan berarak di sekitar bandar.

Bagaimanapun, tiada perlawanan persahabatan antara juara EPL dan kelab-kelab tempatan Thai diadakan.

Beberapa pemain Leicester termasuk Vardy akan memendekkan lawatan mereka di Bangkok dan pulang ke tanah air lebih awal untuk memulakan latihan bagi persediaan untuk Euro 2016. – BERNAMA

Tags: Leicester City
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Top’ Teruskan Impian Mendiang Vichai Di LCFC

01/11/2018
0

BANGKOK – Aiyawatt, anak lelaki bongsu mendiang Vichai Srivaddhanaprabha, buat pertama kali bercakap tentang kematian bapanya dan hasrat beliau untuk...

Pemilik Leicester City Sah Maut Nahas Helikopter

29/10/2018
0

LEICESTER CITY - Jutawan pemilik Leicester City yang juga rakyat Thailand disahkan sebagai antara lima mangsa terbunuh dalam nahas helikopter...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd