Monday, May 20, 2024

Creating liberating content

JKR Pantau Keadaan Jalan...

GUA MUSANG - Jabatan Kerja Raya (JKR) Jajahan Gua Musang sentiasa memantau keadaan...

Pencalonan Dibatalkan: Puteri Thai...

BANGKOK - Puteri Ubolratana Rajakanya Sirivadhana Barvanadi yang disingkirkan sebagai calon pilihan raya...

Perlis Komited Bangun Pendidikan...

KANGAR - Kerajaan negeri Perlis komited terhadap pembangunan pendidikan Islam dan al-Quran, serta...

Gomez Yakin JDT Bangkit...

KUALA LUMPUR - Jurulatih Johor Darul Ta'zim (JDT), Mario Gomez meletak kepercayaan ke...

JMM Gesa PDRM Segera Siasat Dato Seri ‘Kaki Tipu’

KUALA LUMPUR – Pertubuhan Jaringan Melayu Malaysia (JMM) menggesa Polis Diraja Malaysia (PDRM) agar segera menyiasat seorang lelaki berpangkat Datuk Seri yang dipercayai menipu telah lebih 10 ahli perniagaan.

Menurut Ketua Setiausaha JMM, Hamdan Mohd. Salleh, Datuk Seri ‘kaki tipu’ berusia 40-an itu menjalankan modus operandi dengan menipu kebanyakan ahli perniagaan yang terperdaya dengan pelaburan yang dijanjikan oleh lelaki tersebut.

jmm
Ketua Setiausaha Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Hamdan Mohd Salleh.

“JMM hari ini membuat laporan polis, ia adalah berkaitan individu yang bergelar Datuk Seri iaitu Datuk Seri Warren Eu dan rakannya yang telah memperdayakan ramai usahawan.

“Kami mendapat maklumat ini selepas mangsa hadir membuat aduan kepada JMM dengan membawa beberapa dokumen dan laporan polis yang dibuat.

“Malangnya sehingga kini tiada sebarang siasatan yang dilakukan pihak polis susulan laporan daripada mangsa,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, di sini hari ini.

Setakat ini 12 mangsa telah melaporkan penipuan Datuk Seri terbabit dan kerugian dicatatkan adalah berjumlah ratusan juta ringgit.

jmm2
Individu berpangkat Datuk Seri dipercayai telah menipu banyak usahawan.

“Menurut sumber, Datuk Seri ini masih berada di negara ini, namun beliau seolah-olah kebal dan pihak PDRM tidak mengambil sebarang susulan siasatan terhadap perkara ini.


“Kita tidak mahu Datuk Seri ini membuat perkara yang sama terhadap usahawan baru dan pihak PDRM wajib menyiasat secara serius tentang perkara ini,” katanya.

Selain usahawan Malaysia, Datuk Seri ini turut dipercayai melakukan penipuan terhadap usahawan dari luar negara yang turut melibatkan wang tunai membabitkan jutaan ringgit.

Sehubungan itu, pihak JMM menggesa polis segera membuka kertas siasatan bagi menyiasat kegiatan penipuan yang dilakukan Datuk Seri terbabit bersama rakan kongsinya. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori