• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, October 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jenazah Rakyat Malaysia Maut Di Vietnam Tiba Di Tanah Air

oleh Ahmad Albab
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEPANG – Jenazah rakyat Malaysia, Mohd Azhar Abdul Wahab yang ditemui mati di sebuah hotel di Ho Chi Minh, Vietnam, pada 27 April lepas tiba di tanah air hari ini.

Jenazah Mohd Azhar, 33, tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini kira-kira pukul 2 petang dengan penerbangan Malaysia Airlines MH0751 dari Lapangan Terbang Antarabangsa Tan Son Nhat, Ho Chi Minh.

Pegawai di Pejabat Anggota Parlimen Kulim/Bandar Baharu, Mohd Hazril Ezni Zulkapli yang turut bersama dalam penerbangan itu dengan adik mangsa, Noorazman, berkata jenazah akan terus dibawa pulang ke Kampung Air Merah, Kulim, Kedah dan dijangka dikebumikan malam ini.

“Alhamdulillah, urusan membawa pulang jenazah berjalan lancar dengan bantuan Konsulat Malaysia di Vietnam, pihak berkuasa negara itu, Kementerian Luar dan anggota Parlimen Kulim/Bandar Baharu, Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir,” katanya ketika ditemui pemberita di luar Kompleks Kargo KLIA, di sini hari ini.

Ditanya sama ada keluarga Allahyarham Mohd Azhar sudah mengetahui motif pembunuhan mangsa, beliau berkata pihak berkuasa Vietnam masih menyiasat perkara itu.

Noorazman, 31, bagaimanapun enggan bercakap kepada media kerana terlalu sedih dengan kematian abangnya.

Sebelum ini, keluarga Allahyarham menghadapi kesulitan membawa pulang jenazah mangsa berikutan kos tinggi yang dianggarkan berjumlah RM40,000.

Menurut laporan media, mayat Mohd Azhar ditemukan dengan kesan kelar pada kepala dan bahu, serta terdapat kesan darah pada lantai hotel.

Allahyarham ke Vietnam pada 15 April lepas bersama seorang rakan sekampungnya dan sepatutnya pulang pada 28 April.

Mangsa merupakan anak kedua daripada tiga beradik dan bekerja sebagai pembantu kedai di Kulim, serta merupakan vokalis kumpulan Svatantrata yang aktif di sekitar daerah itu serta pernah membuat persembahan di beberapa negara termasuk Singapura. – BERNAMA

Tags: jenazah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kecoh Di Tanah Perkuburan, Dakwaan Permit Jenazah Ditahan Jadi Tumpuan

Kecoh Di Tanah Perkuburan, Dakwaan Permit Jenazah Ditahan Jadi Tumpuan

25/06/2026
0

Oleh Mynewshub AMPANG – Satu insiden membabitkan urusan pengebumian jenazah di sebuah tanah perkuburan di Ampang mencetuskan kekecohan selepas keluarga...

‘Jenazah Nadia Kesuma Akan Dikebumi Di Jeddah, Arwah Memang Mahu Ke Makkah’ – Suami

‘Jenazah Nadia Kesuma Akan Dikebumi Di Jeddah, Arwah Memang Mahu Ke Makkah’ – Suami

18/01/2026
0

GEORGETOWN: "Jenazah isteri saya, Allahyarham Nadia Kesuma akan dikebumikan di sana. Kami tak akan bawa pulang jenazah ke tanah air...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd