• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, December 14, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jenazah Asmuni Selamat Dikebumi Di Sungai Burong Hari Ini

oleh Ahmad Albab
08/05/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TANJONG KARANG – Jenazah Asmuni Abdullah, 52, suami Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi Datuk Noriah Kasnon yang terlibat dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak Khamis lepas, selamat dikebumikan pada kira-kira 10 pagi ini.

Jenazah sebelum itu disembahyangkan di Masjid Ar-Rahmah, Batu 12, Sungai Burong pada pukul kira-kira 9 pagi dan dikebumikan berdekatan pusara Noriah, yang turut terkorban dalam nahas itu, di Tanah Perkuburan Islam Batu 12.

Terdahulu, jenazah Allahyarham tiba pada 7.41 pagi di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Subang dengan pesawat Charlie C130H melalui penerbangan ihsan dari Pangkalan Udara Kuching, yang berlepas kira-kira pukul 2 pagi tadi.

Upacara pengebumian itu dihadiri hampir seratus kariah kawasan tersebut termasuk anggota keluarga terdekat serta rakan taulan.

Adik Asmuni, Norliah, 50, ketika ditemui pemberita berkata empat anak Allahyarham Asmuni bersama bekas isterinya menzahirkan rasa amat sedih kerana tidak sempat menatap wajah dan jenazah bapa mereka untuk kali terakhir berikutan berada di Amerika Syarikat.

“Beliau ada tiga anak lelaki berumur 21, 20 dan 14 tahun dan seorang anak perempuan berumur 18 tahun yang tinggal bersama bekas isterinya di New York.

“Namun anak-anak dan bekas isterinya, warga Amerika Syarikat itu telah dimaklumkan mengenai nahas berkenaan dan mereka amat terkejut dan sedih menerima perkhabaran itu,” katanya.

Menurut Norliah, Allahyarham abang sulungnya itu pernah menyatakan hasrat akan membawa kesemua anak-anaknya balik ke Malaysia untuk merayakan Aidilfitri tahun ini namun segalanya tidak kesampaian.

Dalam pada itu, adik ipar Asmuni, Syailina Durasat, 37, menyifatkan perkahwinan Allahyarham Asmuni dengan Noriah selama lapan bulan lepas dilihat sebagai cinta sehidup semati.

Beliau menceritakan, walaupun kedua-duanya pernah terputus hubungan hampir 30 tahun dengan membawa haluan masing-masing, namun takdir Tuhan mengikat kembali silaturahim mereka walaupun hanya untuk sementara.

Ditanya sama ada anak-anak Asmuni ada menyatakan hasrat untuk datang ke Malaysia untuk menziarah kubur bapa mereka, Syailina berkata mereka ada berbincang mengenai perkara itu. – BERNAMA

Tags: jenazahnahas helikopter
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jenazah Pendaki Dibawa Turun Dari Puncak Gunung Liang Petang Tadi

Jenazah Pendaki Dibawa Turun Dari Puncak Gunung Liang Petang Tadi

17/10/2025
0

SUBANG: Jenazah seorang pendaki yang ditemui mati di Gunung Liang, Tanjung Malim, selamat dibawa turun dari puncak menggunakan helikopter Jabatan...

Nahas Helikopter: BSKU Ambil Alih Siasatan Di Lokasi Kejadian

Nahas Helikopter: BSKU Ambil Alih Siasatan Di Lokasi Kejadian

06/02/2025
0

Bentong : Siasatan di lokasi kejadian nahas helikopter terhempas dan terbakar di tapak pendaratan di Batu 9, Jalan Lama Kuala...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd