• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, December 14, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jenazah Ahmad Sobri Selamat Disemadikan Di Terengganu

oleh Ahmad Albab
08/05/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA NERUS – Jenazah pengawal peribadi Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Noriah Kasnon, Lans Koperal Ahmad Sobri Harun tiba di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, pukul 6.20 pagi tadi.

Allahyarham Ahmad Sobri, yang terkorban dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak Khamis lepas, dibawa dengan pesawat Charlie C130 diiringi bapanya, Harun Muda dan ibunya, Fauziah Musa serta tiga adik beradiknya.

Jenazah Ahmad Sobri, 26, anak keempat daripada lima beradik kemudiannya disembahyangkan di rumah keluarganya di Kampung Bukit Cempaka, di sini.

Ketua Polis Terengganu Datuk Rosli Ab. Rahman menyiram air di atas pusara Allahyarham Lans Koperal Ahmad Sobri Harun.

Ketika di lapangan terbang, suasana pilu menyelubungi perkarangan tempat menunggu dan hampir 200 orang termasuk ahli keluarga dan Menteri Besar Ahmad Razif Abdul Rahman sedia menunggu sejak awal pagi.

Ketua Polis Terengganu Datuk Rosli Ab Rahman turut mengiringi jenazah yang diberi penghormatan mengikut tradisi polis.

Ahmad Razif dan Rosli juga menyertai orang ramai untuk solat jenazah sebelum Allahyarham disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Tok Mek Ngah di sini pada pukul 8.20 pagi.

Allahyarham yang bertugas sebagai pengawal peribadi sejak tiga tahun lalu, berkhidmat di Unit Cawangan Pengawal Pengiring Bukit Aman setelah tamat latihan polis pada 28 Dis 2012.

Mayat Ahmad Sobri ditemui terapung di Sungai Batang Lupar pada pukul 12.04 tengah hari semalam, kira-kira satu kilometer daripada mayat Noriah dijumpai.

Setakat ini, lima mayat telah dijumpai dan usaha giat dilakukan untuk mencari seorang lagi mangsa, juruterbang warga Filipina, Kapten Rudolf Rex Ragas.

Selain mayat Noriah yang ditemukan pada Jumaat, mayat Ketua Setiausaha Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Dr Sundaran Annamalai dijumpai pada 8.34 pagi semalam di tebing Sungai Batang Lupar, kira-kira 15km dari tempat mayat Noriah ditemui.

Mayat suami Allahyarham Noriah, Asmuni Abdullah, dijumpai pada 3.20 petang semalam, berhampiran tempat mayat Noriah ditemukan.

Pasukan mencari menemukan mayat Pengerusi MPOB yang juga Anggota Parlimen Kuala Kangsar Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad pada pukul 6 petang, kira-kira 2.5km dari Pusat Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) di Lingga, 250km dari Kuching.

Helikopter malang itu berlepas dari Betong untuk ke Kuching pada 4.12 petang pada Khamis lepas sebelum ia hilang daripada radar kira-kira tiga minit kemudian. – BERNAMA

Tags: jenazahnahas helikopter
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jenazah Pendaki Dibawa Turun Dari Puncak Gunung Liang Petang Tadi

Jenazah Pendaki Dibawa Turun Dari Puncak Gunung Liang Petang Tadi

17/10/2025
0

SUBANG: Jenazah seorang pendaki yang ditemui mati di Gunung Liang, Tanjung Malim, selamat dibawa turun dari puncak menggunakan helikopter Jabatan...

Nahas Helikopter: BSKU Ambil Alih Siasatan Di Lokasi Kejadian

Nahas Helikopter: BSKU Ambil Alih Siasatan Di Lokasi Kejadian

06/02/2025
0

Bentong : Siasatan di lokasi kejadian nahas helikopter terhempas dan terbakar di tapak pendaratan di Batu 9, Jalan Lama Kuala...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd