• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 27, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

JDT Bertemu PKNS Di Pentas Final Piala FA2016

oleh Ahmad Albab
01/05/2016
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perlawanan akhir Piala FA pada 14 Mei ini akan menyaksikan pertembungan Juara Liga Super 2015, Johor Darul Ta’zim (JDT) dan pasukan dari Liga Perdana, PKNS FC selepas mereka menundukkan lawan masing-masing pada aksi separuh akhir kedua malam ini.

JDT, di bawah bimbingan Mario Gomez, memberi isyarat awal untuk merangkul Piala FA musim ini selepas menewaskan Kedah 3-1 dengan agregat 4-3 dalam aksi sengit di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, sementara PKNS FC yang dibimbing E. Elavarasan pula menundukkan Perak 2-1 juga dengan agregat 4-3 pada aksi di tempat lawan, di Stadium Ipoh, Perak.

Beraksi di gelanggang sendiri, skuad Harimau Selatan meledakkan gol pertama menerusi Pereyra Diaz pada minit ke-24 yang memanfaatkan kecuaian pertahanan lawan dan menyebabkan pasukan pelawat tesentak dan menyusun gerakan berbahaya.

Babak kedua menyaksikan JDT beraksi lebih bertenaga dengan menambah jaringan pada minit ke-53 menerusi Juan Martin Lucero dan dibalas dengan gol tunggal pasukan lawan diperolehi menerusi Ahmad Fakri Saarani pada minit ke-67.

Kegembiraan Kedah tidak berpanjangan apabila Diaz sekali lagi menjadi duri dalam daging dengan menyumbat gol ketiga JDT pada minit ke-90.

Di IPOH, harapan Perak untuk menamatkan penantian selama 11 tahun mara ke perlawanan akhir Piala FA lebur apabila kalah 1-2 kepada PKNS FC.

Perlawanan itu turut disaksikan Sultan Perak Sultan Nazrin Shah yang berangkat menyaksikannya bersama kira-kira 27,000 penonton.

Pasukan pelawat terlebih dahulu mengejutkan tuan rumah apabila memperolehi gol pertama seawal minit ketujuh menerusi jaringan pemain import mereka, Matias Nicolas Hadwa.

‘The Bos Gaurus’ kemudian berjaya menyamakan kedudukan seminit sebaik sahaja babak kedua bersambung menerusi Nazirul Naim Che Hashim.

Namun kedudukan 1-1 tidak bertahan lama apabila Juan Manuel Corbelli menanduk masuk bola ke gawang Perak pada minit ke-68 dan memastikan kemenangan 2-1 PKNS FC ke atas tuan rumah.

Perlawanan akhir Piala FA 2016 akan berlangsung pada 14 Mei ini dan venue pertandingan belum ditetapkan. – BERNAMA

Tags: JDTPiala FAPKNS
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Bomba Terengganu Giat Padam Kebakaran Hutan Di Setiu, Dungun

Next Post

16 Warga Asing Ditahan Di Sekitar Bukit Mertajam

Related Posts

Ada JDT Kata Nak Tarik Diri – TMJ

Ada JDT Kata Nak Tarik Diri – TMJ

05/05/2025
0

PEMILIK kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Mahkota Ismail mendedahkan bahawa perbelanjaan kelab Harimau Selatan adalah antara yang paling rendah...

Bidoglio Bangga Dengan Prestasi JDT

Bidoglio Bangga Dengan Prestasi JDT

17/04/2025
1

KETUA Jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Hector Bidoglio melahirkan rasa bangga dengan komitmen ditunjukkan barisan pemainnya selepas berjaya mencatat kemenangan...

Next Post

16 Warga Asing Ditahan Di Sekitar Bukit Mertajam

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd