• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 14, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jangan Hukum Persatuan Bola Sepak Bermasalah

oleh Ahmad Albab
04/05/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) meminta agar Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP) tidak menghukum persatuan bola sepak negeri yang menghadapi masalah termasuk soal kewangan.

Setiausaha Agung KAFA, Datuk Ismail Md Noor berkata dua badan induk bola sepak tersebut perlu membuang sikap suka menghukum.

“Harap FAM dan FMLLP membantu persatuan yang bermasalah dalam menguruskan pelbagai aspek dalam memastikan pembangunan sukan bola sepak negeri berkembang dan maju,” katanya kepada pemberita.

Beliau diminta mengulas cadangan FMLLP supaya FAM memotong mata perlawanan pasukan Kelantan atau ia disingkirkan ke Liga Perdana sekiranya KAFA tidak menjelaskan hutang tunggakan gaji lima bekas pemainnya sebelum akhir bulan ini.

Cadangan tersebut disuarakan Ketua Pegawai Eksekutif FMLLP, Kevin Ramalingam semalam.

Ismail berkata tindakan menghukum bukan sahaja memberi kesan kepada pembangunan bola sepak Kelantan dan persatuan yang mempunyai masalah, malah ia akan memberikan kesan cukup besar kepada pembangunan bola sepak Malaysia.

Beliau berkata pihaknya sudah menghantar surat permohonan kepada FAM dan salinannya kepada FMLLP bagi penangguhan bayaran tunggakan gaji tersebut.

“Kami (KAFA) bukan tidak mahu bayar, cuma kita terlewat bayar yang mengakibatkan bayaran itu tertangguh. Bila kita ada duit, kita akan bayar, kita akan teruskan bayaran tunggakannya,” jelasnya. – BERNAMA

Tags: KAFA
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Keamanan, Kestabilan Politik Tak Boleh Dipisahkan

Next Post

Paras Kolam Takungan Air Bukit Merah Meningkat, Masih Kritikal

Related Posts

Susun Semula Keperluan Guru KAFA Selangor

Susun Semula Keperluan Guru KAFA Selangor

25/08/2023
0

SHAH ALAM – Pertukaran guru Kelas Agama dan Fardhu Ain (KAFA) di Sekolah Rendah Agama (SRA) di Sabak Bernam dan...

Kerajaan Cadang Wujud KAFA Peringkat Sekolah Menengah

07/02/2022
0

KOTA BHARU - Kerajaan menerusi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bercadang mewujudkan pengajian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) di...

Next Post

Paras Kolam Takungan Air Bukit Merah Meningkat, Masih Kritikal

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd