• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Inspektor Polis Didenda RM10,000 Terima Rasuah

oleh Ahmad Albab
08/05/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHARU – Seorang inspektor polis didenda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini, selepas mengaku bersalah atas tuduhan pilihan bersetuju menerima rasuah RM3,000 daripada seorang lelaki, dua tahun lepas, berhubung siasatan satu kemalangan maut.

Hakim Mohamad Haidar Abd Aziz turut memerintahkan tertuduh, Mohd Shulul Azmi Shuaibon, 34, dikenakan hukuman penjara tambahan enam bulan sekiranya gagal menjelaskan denda tersebut.

Mohd Shulul Azmi yang bertugas di Cawangan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Baharu Selatan didakwa bersetuju menerima wang suapan itu daripada Azman Mat Zain, 46, yang mempunyai kaitan dengan kertas siasatan bilangan 8644/12 yang disiasatnya.

Dia didakwa melakukan kesalahan terbabit di Cawangan Trafik IPD Johor Baharu Selatan, pada 5.25 petang, 15 Jan 2014.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Ridzuan Abd Malik manakala Mohd Shulul Azmi diwakili peguam, Rosli Kamaruddin.

Rosli dalam rayuannya memohon mahkamah meringankan hukuman dengan alasan anak guamnya mempunyai isteri dan dua anak berumur enam serta empat tahun, dan memberi kerjasama terhadap siasatan kes itu selain tidak mempunyai sebarang rekod tatatertib sepanjang 10 tahun berkhidmat sebagai polis.

Mohd Shulul Azmi, sebelum ini mengaku tidak bersalah di hadapan hakim sama pada 13 April tahun lepas, atas dua pertuduhan iaitu pertama, meminta suapan wang sebanyak RM3,500 daripada Azman sebagai dorongan untuk mengenakan pertuduhan lebih ringan atau tidak menuduhnya di mahkamah atas kesalahan menyebabkan kematian dalam kes kemalangan jalan raya pada 5 Nov 2012.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa menerima rasuah RM3,000 daripada Azman sebagai dorongan yang sama.

Mahkamah hari ini memutuskan untuk melepas tanpa membebaskan Mohd Shulul Azmi bagi pertuduhan pertama manakala bagi pertuduhan kedua, pihak pendakwaan meminda pertuduhan itu kepada pertuduhan pilihan iaitu bersetuju untuk menerima suapan itu. – BERNAMA

Tags: anggota polisrasuah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Akmal Saleh Kemuka Saman Fitnah Dituduh Rasuah, Ekstremis

Akmal Saleh Kemuka Saman Fitnah Dituduh Rasuah, Ekstremis

01/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh akan mengemukakan saman fitnah terhadap seorang tokoh politik DAP...

“Demokrasi Sudah Berubah Menjadi Macam Satu Agama” – Siti Kasim

“Demokrasi Sudah Berubah Menjadi Macam Satu Agama” – Siti Kasim

13/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Peguam dan aktivis, Siti Kasim mendakwa keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor semalam menunjukkan bahawa mentaliti pengundi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd