• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, November 5, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Impian Kanak-Kanak Mahu Jadi Polis Terlaksana

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Impian seorang kanak-kanak yang disahkan menghidap penyakit sistem imun atau dikenali sebagai Hemophagocytic Lymphohistiocytosis (HLH) pada Mei tahun lepas untuk menjadi anggota polis terlaksana apabila diberi peluang berbuat demikian walaupun selama sehari di Balai Polis Komuniti Bandar Utama Damansara hari ini.

Sinar kegembiraan jelas terpancar pada wajah Rayyan Seif Rizqin Mohamad Shukor, 6, apabila disarungkan uniform polis dan menjalankan tugas sebagai anggota polis.

Bapa kanak-kanak itu, Mohamad Shukor Ahmad, 33, berkata anak sulungnya itu mula menunjukkan minat untuk menjadi polis selepas menonton filem tempatan Polis Evo tahun lepas lakonan Zizan Razak, Shaheizy Sam dan Nora Danish.

“Minatnya disedari apabila dia sering bermain ‘police and thief’ bersama adik perempuan dan sepupunya di rumah serta gemar mengumpul barangan permainan berkaitan polis,” katanya kepada pemberita.

Pengurus teknikal sebuah syarikat komunikasi itu berkata beliau tidak menolak apabila Rayyan Seif Rizqin ditawarkan untuk menjadi polis melalui program di bawah kelolaan badan bukan kerajaan Make-A-Wish Malaysia dengan kerjasama polis dan penaja.

Rayyan Seif Rizqin kelihatan gembira apabila diberi peluang melakukan aktiviti seperti menaiki kereta peronda polis, memberi arahan perbarisan dan mengambil bahagian dalam gimik menangkap ‘penjenayah’.

Mohamad Shukor berkata walaupun terpaksa menjalani rawatan kemoterapi setiap dua minggu di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (dahulunya dikenali sebagai Hospital UKM), namun anaknya tidak menangis dan tenang ketika menerima rawatan.

Katanya Rayyan juga tidak mampu ke sekolah akibat penyakitnya itu dan hanya belajar di rumah dengan tunjuk ajar ibunya Norazlin Hamzah, 41, berpandukan buku sekolah yang sama digunakan murid sekolah rendah.

“Rayyan dijangka menjalani pemindahan sel sum-sum tulang daripada ibunya di Subang Jaya Medical Centre yang memerlukan kos antara RM300,000 dan RM500,000,” katanya.

Turut hadir pada majlis itu Ketua Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya, DSP Zakaria Alias.

Sementara itu Ketua Pegawai Eksekutif Make-A-Wish Malaysia, Irene Tan berkata pertubuhan tersebut gembira dapat menunaikan hajat Rayyan Seif Rizqin.

“Kami sering bekerjasama dengan hospital tertentu yang antaranya ialah hospital tempat Rayyan sedang dirawat,” katanya. – BERNAMA

Tags: kanak-kanakpesakit
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Perlindungan Kanak-Kanak Daripada Eksploitasi Seksual Tanggungjawab Bersama – Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor

Perlindungan Kanak-Kanak Daripada Eksploitasi Seksual Tanggungjawab Bersama – Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor

07/10/2026
0

JOHOR BAHRU - Perlindungan kanak-kanak daripada eksploitasi seksual merupakan tanggungjawab bersama yang memerlukan kerjasama erat antara semua pihak. Perkara itu...

Kanak-Kanak Cedera Diserang Anjing Liar Ketika Bermain Di Pantai Kuala Kemasin

Kanak-Kanak Cedera Diserang Anjing Liar Ketika Bermain Di Pantai Kuala Kemasin

03/10/2026
0

BACHOK - Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun di sini dilaporkan mengalami kecederaan pada kepala dan leher selepas diserang sekumpulan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd