• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ibu Lega ‘Janin’ Dikandung Anak Berjaya Dikeluarkan

oleh Ahmad Albab
24/05/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BALING – Seorang ibu melahirkan perasaan leganya apabila ketumbuhan yang didakwa sebagai janin yang dikandung selama 15 tahun oleh anak lelakinya berjaya dikeluarkan pada Selasa lepas.

Hasmah Ahmad, 38, berkata walaupun terkejut dengan apa yang dialami oleh anak kelimanya Mohd Zul Shahril Saidin, 15, beliau reda dengan ketentuan Ilahi jika benar ketumbuhan itu adalah janin iaitu kembar kepada anaknya itu.

Terkejut Kembar ‘Tumpang Hidup’ Dalam Perut 15 Tahun

“Janin yang dikeluarkan daripada perut anak saya ini lengkap organnya seperti seorang bayi cuma hidung dan mulut tidak sempurna,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Charuk Kangar di sini, hari ini.

Isu remaja berkenaan yang dikatakan perutnya membesar kerana janin kembarnya ‘menumpang hidup’ selama 15 tahun menjadi viral di laman sosial yang mana kes berkenaan tidak pernah berlaku di negara ini.

Janin yang dikeluarkan daripada perut Mohd Zul Shahril yang sudah tidak bersekolah itu dikatakan boleh dilihat dengan mata kasar iaitu mempunyai rambut selain kaki dan tangan termasuk alat sulit yang sudah terbentuk.

Hasmah berkata janin berkenaan bagaimanapun diuruskan seperti jenazah dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Amanjaya, Sungai Petani.

Katanya sebelum itu, anak kelima daripada lapan beradik itu menderita sakit sejak empat bulan lalu dan dimasukkan ke Hospital Baling sebelum dirujuk ke Hospital Sultan Abdul Hamid (HSAH), Sungai Petani untuk membuang ketumbuhan itu.

“Semasa umurnya setahun, doktor ada mengesyaki ada ketumbuhan dalam perut yang berbentuk seperti kepala dan meminta membawa Shahril ke hospital sekiranya mengadu sakit namun keadaannya nampak normal sehinggalah empat bulan lalu dia kerap muntah dan mengadu sakit,” katanya.

Beliau berkata benjolan di perut akibat ketumbuhan itu bagaimanapun jelas kelihatan yang menimbulkan perasaan tanda tanya keluarga.

“Pemakanan dia macam biasa dan pernah bergurau makan lebih sikit kerana ada kandungan dalam perutnya,” katanya.

Hasmah bagaimanapun mendakwa doktor di hospital berkata janin berkenaan kemungkinan masih hidup sekiranya anaknya itu dirujuk lebih awal ke hospital.

Sementara itu Pengarah Jabatan Kesihatan Kedah, Datuk Dr Norhizan Ismail bagaimanapun enggan memberikan sebarang komen atas sebab-sebab tertentu.

Usaha wartawan untuk bertemu remaja yang masih dirawat di HSAH juga tidak berhasil kerana enggan ditemui. – BERNAMA

Tags: janin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Janin Dalam Tandas Stesen Minyak

11/05/2022
0

Kuala Lumpur : Janin bayi yang cukup sifat ditemukan orang awam di dalam tandas di sebuah stesen minyak di Danau...

Suami Isteri Maut, Janin Terkeluar Dari Kandungan

10/07/2019
0

PASIR MAS - Sepasang suami isteri maut selepas motosikal dinaiki mereka bertembung sebuah kereta di Lebuhraya Rantau Panjang-Pasir Mas dekat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd