Saturday, July 13, 2024

Creating liberating content

Kira-Kira RM70,000 Lesap Mesin...

KOTA KINABALU - Sebuah Mesin Teler Automatik (ATM) milik sebuah bank di Membakut,...

Rezeki Berganda Siti Nurhaliza...

ORANG kata bila berkahwin, pintu rezeki akan terbuka dengan luasnya. Sama seperti murahnya...

Pengasuh Kanak-Kanak Di Rumah...

KUALA LUMPUR - Pengasuh atau suri rumah yang menerima upah menjaga antara empat...

“Celah Mana Fitnah, Nama...

INDUSTRI hiburan minggu ini dikejutkan dengan pendedahan panas seorang wanita yang dikenali sebagai Noor Maszura...

Hasrat Tak Sampai, Pengantin Lelaki Maut Nahas Motosikal

SAYU… Hasrat sepasang bakal pengantin baru untuk ke jenjang pelamin bersama tidak kesampaian apabila tunang yang dikasihi meninggal dunia dalam satu kemalangan jalan raya beberapa hari sebelum persandingan.

Khairunnisa Illyasha, 23 tahun; terkejut apabila tunangnya Nor Helmee Roslan, 23; dikatakan mengalami kecederaan serius di bahagian kepala setelah terlibat dalam kemalangan di Singapura.

Hasrat Tidak Kesampaian, Pengantin Lelaki Maut Dalam Kemalangan Motosikal
Khairunnisa Illyasha bersama tunangnya Nor Helmee.

Difahamkan motosikal yang ditunggang Helmee bertembung dengan sebuah kereta di Lebuh Raya Seletar
(SLE) pada Jumaat lalu.

Pihak Jabatan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) dikhabarkan mengenai kejadian itu pada pukul 3.40 pagi.

Menurut akhbar tempatan, Lianhe Wanbao, Helmee tercampak ke atas jalan raya akibat perlanggaran itu manakala tayar belakang motosikal yang ditunggangnya terperosok ke bawah kereta.

Hasrat Tidak Kesampaian, Pengantin Lelaki Maut Dalam Kemalangan Motosikal

Kenyataan SCDF itu lagi, badan Helmee berlumuran darah akibat kecederaan teruk di bahagian kepala. Dia dibawa ke Hospital Khoo Teck Puat dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Helmee merupakan seorang pemandu bas dengan SBS Transit berpangkalan di Singapura. Adalah menjadi rutin harian Helmee berulang alik antara Johor Bharu dan tempat kerjanya menggunakan motosikal.

Menurut Khairunnisa kepada sebuah portal, dia tidak dapat menerima kenyataan bahawa satu-satu jantung hatinya telah pergi buat selama-lamanya beberapa hari sebelum persandingan mereka.

Kehilangan Nor Helmee tiada galang ganti baginya.

Hasrat Tidak Kesampaian, Pengantin Lelaki Maut Dalam Kemalangan Motosikal


“Helmee akan selalu mesej saya apabila sampai di tempat kerjanya di Singapura sekitar pukul 4.30 pagi,” jelas Khairunnisa dalam keadaan teresak-esak.

Jenazah Helmee dibawa pulang ke Johor Bharu dan disemadikan pada hari Ahad lepas.

Satu banting diletakkan di hadapan rumah Khairunnisa bertujuan untuk memberitahu kepada 5oo tetamu yang dijemput bahawa perkahwinan tidak dapat dilangsungkan kerana pengantin lelaki telah meninggal dunia.

Hasrat Tidak Kesampaian, Pengantin Lelaki Maut Dalam Kemalangan Motosikal

Tambah portal itu lagi, Khairunnisa tidak tahu bagaimana kejadian itu berlaku, dan berhasrat akan mendermakan barang hantaran yang diterima dari pihak Helmee kepada badan kebajikan.

Malah Khairunnisa turut menyeru kepada saksi kejadian itu untuk tampil kehadapan dan menghubungi pihak polis di talian hotline 1800-255-0000.

Pihak polis masih lagi menjalankan siasatan berhubung kes tersebut. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori