• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hari Ibu Dan Peringatan Rasulullah S.A.W

oleh Ahmad Albab
08/05/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

“Kasihnya ibu sampai ke Syurga.” Itulah kata-kata hikmah yang sering diucapkan tiap kali kita mahu mengangkat kemuliaan seorang ibu.

Malah, ada yang menyebut: “Syurga di bawah tapak kaki ibu.” Dalam budaya Melayu, kata-kata hebat mengenai darjat seorang ibu memiliki sejarah yang panjang.

Cuma kali ini, ada baiknya kita melihat status ibu menurut pandangan Islam. Tiada cara lain yang lebih afdal, selain merujuk pada sabda Rasulullah.

Jangan diperdebatkan asal-usul sambutan Hari Ibu. Kalau menang bertekak soal sejarahnya pun, tidak akan memberi makna, sekiranya kita kalah dalam penghayatan maknanya.

Sabda Rasullullah dengan tiga kali mengulangi keutamaan seorang ibu jelas satu bukti, bahawa status seorang ibu dalam Islam tiada tolok bandingannya.

Ini kisahnya:

Seorang lelaki menemui Nabi Muhammad: “Wahai Rasulullah, siapakah orang yang paling berhak aku berbakti kepadanya?” Baginda menjawab: “Ibumu.” Lelaki itu bertanya lagi: “Kemudian siapa?” Rasulullah menjawab: “Ibumu.” Dia bertanya lagi; “Kemudian siapa lagi?” Rasulullah menjawab: “Ibumu.” Dia bertanya lagi; “Kemudian siapa?” Rasulullah menjawab: “Kemudian ayahmu.”

Hadis Riwayat Abu Hurairah.

Tiga kali keutamaan dalam peringatan Rasulullah ialah berbakti pada ibu. Meskipun membesar tanpa ibu dan menjadi yatim piatu sejak kecil, Rasulullah sebagai Utusan Rahmatul Alamin tetap memuliakan ibu sejajar dengan ajaran Islam sebagai Addin.

Persoalannya: Apakah kita benar-benar meletakkan kemuliaan seorang ibu pada tahap yang dipesan Rasulullah?

Jangan termenung!

Eloklah pada Hari Ibu kali ini kita menemui insan mulia yang melahirkan kita. Atau kalau berjauhan, hubungilah dia dengan satu panggilan telefon.

Jangan malu, nyatakan dengan berani perasaan kasih-sayang dan kerinduan yang ada. Sehebat mana pun seorang manusia, dia tetap hanya diberikan seorang ibu sahaja sekali dalam hidupnya.

Sebanyak mana pun duit seorang billionaire, tiada mampu dibelinya seorang ibu di pasaran. Inilah keajaiban seorang ibu.

Ayuh nikmati klip video yang disediakan TV Al Hijrah #IslamIsFirstClass sempena Hari Ibu.

Jangan sekadar menangis sahaja apabila menontonnya. Apa yang penting, nyatakan kasih-sayang anda pada ibu tercinta.

Kalau ibu sudah tiada, Al Fatihah masih sangat berharga untuknya. – mynewshub.cc

Tags: Hari IbuRasulullah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Hari Ibu: Beri Perhatian, Kasih Sayang Pada Ibu – PM

08/05/2022
0

KUALA LUMPUR: Bersempena Hari Ibu yang disambut hari ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengingatkan anak-anak agar memberi...

Rasulullah Tahu Kedatangan Umatnya

30/01/2018
0

BILA tiba di Masjidil Haram, jangan malas. Beribadah dan berzikirlah sebanyak mungkin. Itu pesanan Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah pada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd