Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

“Abang Janji Dengan Angah...

"ABANG janji dengan angah ni last abang pergi sana, lepas ni boleh la...

Kerajaan Muktamad Teruskan Projek...

LANGKAWI: Kerajaan bersetuju untuk meneruskan projek Perolehan Kapal Second Generation Patrol Vessel (SGPV)...

Pencari Ketam Warga Indonesia...

KUCHING – Seorang warga Indonesia yang dilapor hilang ketika menangkap ketam di laut...

ATM, PDRM Aset Penting...

PUTRAJAYA - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) adalah aset...

Hargai Dan Hormati Ibu Dengan Baik – Sultan Johor

SULTAN Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, bertitah agar semua pihak tanpa mengira agama dan bangsa menghargai ibu masing-masing.

Menulis di status Facebook, baginda juga berharap agar insan yang bergelar ibu sentiasa dihormati dan dijaga dengan baik.

sultan

sultan222
Sultan Ibrahim bersama bondanya, Enche Besar Hajah Khalsom.

“Saya berharap anda semua akan menghargai ibu anda. Hormatilah dan jagalah mereka dengan baik. Saya mengucapkan “Selamat Hari Ibu” kepada semua yang bergelar Ibu,” katanya lagi.

Baginda turut menzahirkan rasa syukurnya kerana dianugerahi dua insan istimewa yang berani dan mengagumkan iaitu ibu dan isterinya.


“Mereka sentiasa bersama di sisi keenam-enam anak saya dan saya sendiri, di kala susah mahupun senang. Mereka berdua adalah insan cemerlang yang amat saya kasihi.

“Saya bersyukur di atas kasih sayang tanpa sempadan dan tidak berbelah bahagi yang mereka berdua berikan kepada keluarga kami,” jelas baginda lagi. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori