• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Habiskan RM1,200 Bedah Ikan Emas Hidap Ketumbuhan

oleh AK-47
31/05/2016
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LONDON – Gara-gara terlalu sayangkan ikan emas peliharaannya, seorang lelaki sanggup berhabiskan £200 (RM1,200) untuk merawat haiwannya yang menghidap ketumbuhan di badan dan kepala.

Ikan diberi nama Nemo itu juga dibawa sejauh 220 kilometer dari Aston Clinton, Buckinghamshire ke Bristole mata-mata mahu bertemu dengan doktor veterinar yang  boleh membuang ketumbuhan besar di dalam badan ikan itu.

Nemo yang berusia lima tahun menjalani pembedahan itu selama 45 minit dengan doktor veterinar, Sonya Miles.

Habiskan RM1,200 Bedah Ikan Emas Hidap Ketumbuhan

Habiskan RM1,200 Bedah Ikan Emas Hidap Ketumbuhan

“Nemo dihantar kepada kami kerana pakar lain enggan merawatnya.

“Kami bersetuju melakukan pembedahan selepas menemui pemiliknya. Ikan itu mempunyai ketumbuhan pada bahagian ‘leher’ yang hampir sebesar badannya,” kata Sonya.

Dalam pada itu, Sonya mengakui prosedur pembedahan itu sungguh mencabar kerana ikan itu perlu berada dalam keadaan pengsan sepanjang pembedahan.

Jelas Sonya, ada seketikanya semasa pembedahan, jantungnya tiba-tiba terhenti, namun mereka berjaya menggerakkannya semula.

Setelah selamat pembedahan, Nemo telah dibawa pulang kepada pemiliknya kurang daripada dua jam.

Menurut pemiliknya, Roy Hands, 59, ikan kesayangnya itu kini sudah kembali sihat seperti sedia kala. – MYNEWSHUB. CC

Habiskan RM1,200 Bedah Ikan Emas Hidap Ketumbuhan

Habiskan RM1,200 Bedah Ikan Emas Hidap Ketumbuhan

Tags: IkanVeterinar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kes Kucing Diracun, Dicampak Dari Pangsapuri Dirujuk Ke Jabatan Perkhidmatan Veterinar

Kes Kucing Diracun, Dicampak Dari Pangsapuri Dirujuk Ke Jabatan Perkhidmatan Veterinar

09/08/2025
0

AMPANG - Siasatan kes dera dan bunuh kucing di sebuah pangsapuri di sini dirujuk kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar Hulu Langat....

Ratusan Ikan Mati, Terapung Di Sungai Ketil

Ratusan Ikan Mati, Terapung Di Sungai Ketil

28/07/2025
0

GUA MUSANG: Kejadian ratusan ikan mati di Sungai Ketil, dekat Taman Rekreasi Rimba Wangi, Taman Wangi, di sini, dua hari...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd