• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Felda United Kekal Di Puncak Liga Super

oleh Ahmad Albab
05/05/2016
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Felda United mengekalkan kedudukan teratas Liga Super setelah menewaskan Kelantan 2-0 di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka, Pahang, malam tadi.

Kemenangan itu menyaksikan skuad ‘The Fighters’ kendalian Irfan Bakti mengumpul 24 mata selepas beraksi 10 perlawanan.

Dua gol Felda United pada perlawanan berkenaan dijaringkan oleh Lutfulla Turaev pada minit ke-41 dan Francis Forkey Doe, selang sembilan minit kemudian.

Selangor yang kembali beraksi di Stadium Shah Alam yang ditutup sejak Disember lalu bagi memberi laluan kepada kerja-kerja penambaikan venue, menang tipis 2-1 ke atas Terengganu FC II.

Adam Nor Azlin muncul wira skuad Gergasi Merah setelah menjaringkan gol kemenangan pada masa kecederaan babak kedua perlawanan, sekali gus menyaksikan Selangor naik satu anak tangga ke kedudukan ketiga liga.

Terdahulu, kedua-dua pasukan seri 1-1 dengan Patrick Dos Santos menjaringkan gol pembukaan untuk pasukan pelawat pada minit ke-54 sebelum Mauro Olivi menyamakan kedudukan untuk Selangor, selang seminit kemudian.

Terengganu FA pula menamatkan badi kekalahan empat perlawanan berturut-turut setelah menang tipis 3-2 ke atas Sarawak pada aksi di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.

Tiga gol skuad Penyu dijaringkan oleh Joseph Kalang Tie pada minit ke-11, Ahmad Nordin Alias (minit ke-50) dan Mohd Ashaari Samsudin pada minit ke-69 manakala dua gol pasukan pelawat disumbang oleh Makeche Ndumba pada minit ke-16 dan Junior Guimaro De Souza pada minit ke-45.

Polis DiRaja Malaysia (PDRM) pula gagal menggunakan kelebihan beraksi di laman sendiri setelah seri 2-2 menentang Perak di Stadium Hang Jebat, Melaka.

Dua gol skuad ‘The Cops’ dijaringkan oleh Muhammad Shafiq Jamal pada minit ke-60 dan Mohd Lot Abu Hassan pada minit ke-87 manakala dua gol Perak diraih menerusi Mohammad Fadzrul Hazli pada minit kedua dan Nazirul Naim Che Hashim pada masa kecederaaan babak kedua perlawanan.

Pahang FC juga gagal memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri setelah seri 1-1 ketika berdepan Kedah di Stadium Darul Makmur, Kuantan.

Ahmad Fakri Saarani mengejutkan pasukan tuan rumah menerusi jaringan pembukaan pada minit ke-26 sebelum German Pacheco menyelamatkan maruah skuad ‘Tok Gajah’ menerusi gol penyamaan pada minit ke-64.

Sementara itu, jaringan tunggal Ivan Babic pada minit ke-34 membantu pasukan kelab DRB-Hicom FC mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas Sime Darby FC pada aksi tunggal Liga Perdana di Stadium Majlis Perbandaran Selayang. – BERNAMA

Tags: Felda United
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pahang Hargai MFL Tunda Perlawanan Liga Super

23/05/2019
0

KUANTAN - Pasukan Pahang menghargai tindakan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) menangguhkan perlawanan Liga Super berdepan Felda United di Kuantan...

Kesilapan Mudah Punca Felda United Diratah Melaka United

16/09/2018
0

MELAKA — Terkejut, itu reaksi Ketua Jurulatih Felda United, B. Sathianathan selepas melihat pasukannya diratah 1-6 oleh Melaka United pada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd