• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

FAM Nafi Dakwaan Annuar, KAFA Boleh Ditolak Mata

oleh Ahmad Albab
18/05/2016
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menafikan dakwaan Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) Tan Sri Annuar Musa bahawa badan induk bola sepak negara itu tidak pernah mengadakan sebarang perbincangan mengenai isu tunggakan gaji membabitkan KAFA.

Setiausaha Agung FAM Datuk Hamidin Mohd Amin berkata FAM sentiasa membantu mana-mana pasukan termasuk Kelantan, yang bergelut dengan masalah kewangan, setakat yang mampu.

“Saya rasa beliau (Annuar) tidak betul…saya secara peribadi telah berbincang dengan (Setiausaha Agung KAFA) Datuk Ismail Md Noor dan (Naib Presiden KAFA) Datuk Rosmadi Ismail beberapa kali, daripada mula untuk selesaikan isu ini.

“Malah, saya sendiri yang telefon dan pernah bertemu mereka satu atau dua kali di FAM…tetapi saya sentiasa menghubungi mereka dari semasa ke semasa,” katanya pada sidang media bulanan FAM di Wisma FAM, di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Annuar pada Khamis lepas, yang berkata FAM dan Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP) perlu duduk berbincang mengenai isu tersebut selepas FMLLP mencadangkan tindakan tegas terhadap KAFA, termasuk menolak mata dan disingkirkan daripada Liga Super sekiranya masih gagal melunaskan tunggakan gaji.

Hamidin menjelaskan Jawatankuasa Tatatertib FAM boleh mengambil beberapa tindakan seperti memotong mata liga, menahan pendaftaran pemain baharu semasa jendela perpindahan, mengenakan hukuman kewangan, diturunkan ke divisyen bawah, dan akhirnya tidak disenaraikan dalam saingan liga musim akan datang, jika pasukan itu masih gagal menjelaskan hutang itu.

Isu gaji lima bekas pemain tempatan pasukan itu akan dibawa ke Jawatankuasa Status FAM dalam masa terdekat, manakala bagi kes bekas pemain import dari Brazil, Gilmar Jose Dos Santos Filho yang telahpun dibincangkan jawatankuasa itu, akan dibawa ke Jawatankuasa Tatatertib, katanya.

“KAFA masih mempunyai hutang US$89,000 (RM357,820) dan RM3,000 (penalti) kepada Gilmar yang kini bermain untuk Sarawak selain hutang sebanyak RM165,000 kepada bekas jurulatih Steve Darby.

“KAFA membuat rayuan untuk kes Gilmar sehingga 30 April selepas gagal bayar pada 15 April, namun sehingga kini masih belum menyelesaikan bayaran. Dalam kes
pemain tempatan, KAFA bersetuju membayar secara bulanan, hanya bayar untuk Mac dan masih belum bayar untuk April,” katanya.

Lima pemain berkenaan ialah Ahmad Fakri Saarani, Amar Rohidan, Muhammad Nazri Ahmad, Amiridzwan Taj Tajudin dan Mohd Fitri Omar yang menamatkan kontrak mereka bersama KAFA untuk menyertai pasukan lain musim ini.

Dalam perkembangan lain, Hamidin berkata nasib enam bekas pemain yang masih digantung daripada terlibat dalam mana-mana aktiviti bola sepak akan dibincangkan pada mesyuarat Jawatankuasa Integriti, selepas merujuk kepada Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) dan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

FAM sebelum ini membebaskan 78 daripada 84 bekas pemain kerana terbabit dalam kes rasuah bola sepak negara, setelah mereka membuat rayuan untuk ditamatkan tempoh penggantungan, kecuali enam pemain terbabit.

Mereka ialah Matlan Marjan, Matusin Bowie, Junaidy Tuah, Gerard Mojiliu, G. Raveychandran dan Charles Tindi dari Sabah, yang didapati bersalah kerana terlibat mengatur perlawanan, sekali gus tidak dibenar melibatkan diri dalam mana-mana aktiviti bola sepak di peringkat negeri dan FAM. – BERNAMA

Tags: FAM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pendaftaran Pemain Naturalisasi Dan Pemain Warisan Dua Perkara Berbeza – MFL

Pendaftaran Pemain Naturalisasi Dan Pemain Warisan Dua Perkara Berbeza – MFL

18/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) sekali lagi menegaskan pendaftaran pemain kelab Johor Darul Ta’zim (JDT)...

Tunku Mahkota Ismail Dedah Ada Pihak Dalam FAM Tak Puas Hati Tak Dapat Buat Duit, Minta Projek 

Tunku Mahkota Ismail Dedah Ada Pihak Dalam FAM Tak Puas Hati Tak Dapat Buat Duit, Minta Projek 

10/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Mahkota Ismail mendedahkan terdapat beberapa pihak dalam Persatuan Bolasepak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd