• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, August 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Emas Di Zakaria & Sons II Lebih Murah, GST Ditanggung

oleh AK-47
28/05/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

WALAUPUN Ramadan baru hendak tiba, seperti baju raya, perhiasan diri pun tidak kurang pentingnya buat kaum hawa.

Bagi penduduk Lembah Klang, Ampang yang sinonim sebagai lokasi kedai emas bukan rahsia. Beberapa premis kedai emas yang terkenal terdapat di sini.

Justeru Kedai Emas Zakaria & Sons II yang dibuka pada pertengahan 2015 di sini, tidaklah asing buat pelanggan setia mereka.

GST Ditanggung, Emas Zakaria & Sons II Lebih Murah
Kedai Emas Zakaria & Sons II yang terletak di Dataran Palma, Ampang. (Foto: FISHA HANUDIN)

Seperti dicerminkan nama, ini merupakan kedai emas ketiga dalam keluarga Zakaria, yang asalnya seorang tukang emas dari Kelantan.

Dua cawangan lain terletak di Kuala Terengganu iaitu Kedai Emas Zakaria & Sons I dan Kedai Emas Lelong yang dikenali dalam kalangan masyarakat tempatan kerana ‘tersohor murah’.

Dimiliki sepenuhnya oleh Syarikat EmasRakyat Sdn Bhd, cawangan Ampang diterajui oleh Mas Z. Irwan Zakaria yang juga merupakan arkitek berdaftar di United Kingdom.

Kelebihan Kedai Emas Zakaria & Sons II Ampang adalah barangan emas  916 yang ditawarkan di sini menampilkan rekaan terkini dan eksklusif namun pada harga yang berpatutan dan mampu dimiliki semua golongan masyarakat.

Di dua cawangan sebelum ini Kedai Emas Zakaria dikenali dalam kalangan masyarakat setempat kerana 'tersohor murah'.
Kedai Emas Zakaria & Sons II meneruskan sinambungan dua cawangan terdahulu yang dikenali ‘tersohor murah’. (Foto: FISHA HANUDIN)

Paling menarik, kos GST ditanggung sepenuhnya bagi memastikan harga yang ditawarkan kepada pelanggan antara yang terendah di Malaysia.

Selain menjual perhiasan emas, di sini terdapat servis membaiki barangan emas, mencuci, menyadur dan mengambil tempahan mengikut reka bentuk pilihan pelanggan selain membeli emas terpakai, rosak dan buruk pada harga tinggi.

Irwan bersama pekerja Zakaria & Sons II yang terletak di Dataran Palma, Ampang
Mas Z. Irwan bersama pekerja kedai emasnya yang dibuka tujuh hari seminggu. (Foto: FISHA HANUDIN)

Kedai Emas Zakaria & Sons II dibuka kepada orang ramai dari jam 10.30 pagi hingga 6.00 petang setiap hari, tujuh hari seminggu termasuk pada musim perayaan kecuali pada Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha sahaja.

Sesuai dengan peredaran zaman, barangan emas yang ditawarkan di sini juga boleh dibelek di rangkaian media sosial mereka iaitu Facebook Kedai Emas Zakaria & Sons II Ampang Point, Instagram emas_zakariasons2, Twitter @KEZakariaSons_2 dan laman web www.zsjewels.my/. 
– MYNEWSHUB.CC

Tags: kedai emas
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Stacy Dan Akim Teruja Sambut Ramadan Bersama

Next Post

Torres Idam Kejuaraan Final UEFA

Related Posts

Culik Pemilik Kedai Emas, Polis Buru 4 Suspek

Culik Pemilik Kedai Emas, Polis Buru 4 Suspek

28/05/2025
0

KOTA BHARU: Polis masih memburu empat suspek dipercayai terbabit dalam kes culik pemilik kedai emas di Tumpat pada 20 Mei...

Kedai Emas Dirompak Rugi RM3.2 Juta

Kedai Emas Dirompak Rugi RM3.2 Juta

18/06/2024
0

Kajang : Pemilik kedai emas yang dirompak empat 'pengawal keselamatan' bersenjata di sebuah pusat beli-belah di sini, semalam, mengalami kerugian...

Next Post

Torres Idam Kejuaraan Final UEFA

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd