• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

El Nino Teruk Melanda Tapi Tiada Kaitan Pemanasan Global

oleh Ahmad Albab
09/05/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

Restotan yang dahulunya terapung di atas sungai di Taman Negara Kuala Tahan kini tersadai atas tanah setelah air kering akibat fenomena El Nino.

KUALA LUMPUR – Fenomena El Nino yang mengakibatkan cuaca panas dan kering di Malaysia adalah yang terkuat daripada 20 keadaan fenomena itu dalam tempoh 60 tahun lepas, namun tiada bukti konkrit untuk mengaitkan suhu tinggi itu dengan pemanasan global, menurut seorang pakar.

Pakar Klimatologi dan Oseanografi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Dr Fredolin Tangang berkata El Nino tahun ini lebih ekstrem, mengatasi situasi pada 1997/98.

“Namun, tiada bukti kukuh yang dapat mengaitkan suhu tinggi dalam El Nino terkini dengan pemanasan global,” kata Tangang, yang pernah menjadi naib pengerusi Panel Antara Kerajaan tentang Pemanasan Global (IPCC) dari 2008 hingga 2015.

Beliau turut mengukuhkan fakta itu dengan laporan terkini yang dikeluarkan IPCC pada 2013, yang tidak membuat kesimpulan mengenai hubung kait antara El Nino dan pemanasan global.

“Tiada bukti kukuh yang menunjukkan berlakunya El Nino (kekerapan dan intensiti) dipengaruhi oleh perubahan iklim,” katanya kepada Bernama.

IPCC, yang dianggotai 190 negara, adalah agensi Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) yang mengeluarkan laporan setiap enam hingga tujuh tahun sekali mengenai trend perubahan iklim, punca, kesan dan cara menanganinya.

Katanya, berbeza dengan taufan, yang IPCC membuat kesimpulan intensitinya akan meningkat seiring dengan pemanasan global, bukti semasa gagal menunjukkan kekerapan dan intensiti El Nino dikaitkan dengan perubahan iklim.

“El Nino adalah fenomena semula jadi, sebahagian daripada variasi tahunan berkaitan dengan pergerakan laut di Lautan Pasifik yang berlaku setiap kitaran dua hingga tujuh tahun.

“Putaran sistem ini akan menjadikannya sama ada tahap El Nino, La Nina atau tahap normal,” katanya.

Bagaimanapun, beliau tidak mengetepikan bahawa pemanasan global akan mengubah kesan El Nino terhadap iklim di sesebuah benua.

Sebagai contoh, Tangang berkata, apabila dunia menjadi semakin panas pada masa depan, dan El Nino pula berlaku, ia akan mengakibatkan suhu keseluruhan bagi tempoh itu meningkat lebih tinggi daripada apa yang dialami ketika ini.

“Bagi saya, kesan hubung kait di rantau ini boleh dipengaruhi dengan perubahan iklim kerana perubahan kelembapan serta lautan yang boleh memberi kesan kepada interaksi lautan di rantau ini,” katanya. – BERNAMA

Tags: El Ninopakar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

El-Nino Dijangka Berterusan Hingga Julai – Nik Nazmi

El-Nino Dijangka Berterusan Hingga Julai – Nik Nazmi

02/05/2024
1

KOTA BHARU : Fenomena El Nino atau cuaca panas yang sedang melanda negara ketika ini, dijangka berterusan sehingga Julai. IKUTI...

El Nino Hingga Ramadan, Pakar Unjur Terburuk

El Nino Hingga Ramadan, Pakar Unjur Terburuk

22/02/2024
0

ALOR SETAR: Fenomena El Nino atau cuaca panas yang melanda ketika ini dijangka berlanjutan sehingga Ramadan ini. IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd