• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hikmah El Nino, Rangsang Pembiakan Itik Serati

oleh Ahmad Albab
04/05/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Cuaca panas dan kering akibat fenomena El Nino yang melanda negara kini telah menjejaskan sektor pertanian dan perikanan, namun, keadaan sebaliknya terjadi kepada penternak itik serati di sini.

Seorang penternak, Faizal Effendi Hashim, 36, berkata ternakan itik serati jenis ‘Muscovy’ atau itik daging yang diusahakannya di Parit sejak dua tahun lalu semakin menjadi-jadi ketika cuaca panas sekarang.

“Kebiasaannya seekor ibu itik mampu bertelur sehingga 20 biji, tetapi daripada jumlah itu, kurang 10 biji yang berjaya menetas dan membesar.

“Tetapi berbeza dengan cuaca panas sekarang daripada 20 biji telur yang dikeluarkan, sebanyak 19 biji mampu menetas, hidup dan membesar,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Menurut Faizal, setiap minggu beliau mampu menjual sehingga 120 ekor itik, namun jumlah itu masih belum mencukupi untuk menampung permintaan pasaran di Perak.

“Permintaan itik daging ini amat tinggi di Johor dan Singapura terutama dalam kalangan pelanggan berbangsa Cina kerana mereka lebih sukakan tekstur dagingnya,” katanya.

Beliau berkata itik serati memerlukan masa enam bulan untuk membesar sepenuhnya sebelum dijual di pasaran, berbanding ayam yang hanya memerlukan 34 hingga 40 hari.

Bagaimanapun, nasib berbeza dialami penternak ayam daging, Hafizi Abdullah, 28, yang mendakwa kadar kematian ayam ternakannya sedikit meningkat, walaupun menggunakan sistem reban tertutup.

Hafizi berkata sebanyak lapan peratus daripada 40,000 ekor ayam ternakannya mati pada cuaca panas ketika ini berbanding hanya dua atau tiga peratus pada cuaca biasa.

Beliau berkata ayam yang berusia satu hari memerlukan suhu sehingga 35 darjah Celsius dan suhu akan menurun mengikut usia ayam tersebut, manakala ayam dewasa memerlukan suhu 25 darjah Celsius atau lebih rendah.

“Walaupun suhu reban ayam tertutup boleh dikawal, namun kesejukan yang diperlukan sukar diperoleh pada waktu kemuncak iaitu antara 12 tengah hari dan 4 petang hingga menyebabkan ayam mati akibat kepanasan,” katanya.

Hafizi berkata selain kos penternakan meningkat, kos operasi seperti elektrik, air, penyelenggaraan turut melonjak pada musim panas sekarang.

“Bil elektrik dan bil air boleh mencecah sehingga RM11,000 dalam setiap dua bulan dan jumlah itu tidak termasuk kos penyelenggaraan dan gaji pekerja,” katanya.

Pada 21 April lalu, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata cuaca panas yang melanda negara menyebabkan ayam mengalami ‘stress’ kerana proses pembesarannya terbantut sekaligus dikhuatiri menyebabkan pengeluaran ayam negara berkurangan antara lima hingga 10 peratus. – BERNAMA

Tags: El Ninohaiwan peliharaan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

El-Nino Dijangka Berterusan Hingga Julai – Nik Nazmi

El-Nino Dijangka Berterusan Hingga Julai – Nik Nazmi

02/05/2024
1

KOTA BHARU : Fenomena El Nino atau cuaca panas yang sedang melanda negara ketika ini, dijangka berterusan sehingga Julai. IKUTI...

El Nino Hingga Ramadan, Pakar Unjur Terburuk

El Nino Hingga Ramadan, Pakar Unjur Terburuk

22/02/2024
0

ALOR SETAR: Fenomena El Nino atau cuaca panas yang melanda ketika ini dijangka berlanjutan sehingga Ramadan ini. IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd