• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

DUN P. Pinang Lulus Usul Tergempar Tambakan Laut

oleh Ahmad Albab
21/05/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGETOWN – Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang meluluskan usul tergempar mengenai pelaksanaan projek Pelan Induk Pengangkutan (PIP) Pulau Pinang pada Jumaat.

Exco Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalu Lintas dan Tebatan Banjir negeri, Chow Kon Yeow berkata usul berkenaan antara lain mewajibkan kerajaan DAP Pulau Pinang tidak memulakan projek penambakan laut sehingga mendapat kelulusan Penilaian Impak Alam Sekitar (DEIA) dari Jabatan Alam Sekitar.

Ketikla membentangkan usul itu hari ini, katanya kelulusan itu juga perlu dipantau dan diperiksa oleh Majlis Pengangkutan Negeri (PTC).

Beliau berkata kerajaan negeri juga perlu mencari alternatif lain dari segi pembiayaan projek-projek PIP yang mempunyai model yang berdaya maju dan mampan termasuk pembiayaan oleh kerajaan persekutuan.

“Dewan ini menyuarakan keprihatinan tentang projek penambakan laut untuk mewujudkan tiga buah pulau buatan kira-kira 4,500 ekar untuk tujuan pembangunan bagi membiayai kos pelaksanaan PIP.

Ketika membahaskan usul itu, Dr Norlela Ariffin (PKR-Penanti) berharap kerajaan negeri akan melaksanakan pembangunan yang seimbang bagi penduduk dikawasan bandar dan kampung termasuk di bahagian pulau dan tanah besar.

Lee Khai Loon (PKR-Machang Bubuk) pula menyifatkan usul berkenaan sebagai satu sejarah apabila kesemua wakil rakyat bersama-sama membincangkan mengenai pelaksanaan projek PIP.

Beliau berharap PTC dapat mengkaji dan menilai pelaksanaan PIP, selain memastikan semua isi kandungan dalam perjanjian projek itu dibincangkan tanpa berdasarkan kepartian.

Muhamad Farid Saad (BN-Pulau Betong) mengesyorkan PTC turut dianggotai wakil dari Barisan Nasional (BN) bagi memastikan penyediaan laporan yang telus.

Terdahulu, Muhamad Farid menarik balik usul tambakan laut yang sepatutnya dibentangkan pada sidang DUN hari ini berikutan kerajaan negeri mengemukakan usul tergempar itu.

Sementara itu, Ketua Pembangkang DUN, Datuk Jahara Hamid pada sidang media menyifatkan usul tergempar itu sebagai kemenangan moral kepada BN Pulau Pinang.

“Kerajaan negeri terpaksa menerima usul berkenaan kerana ia mempunyaikredibiliti dan asas bagi menjaga kepentingan rakyat di negeri ini,” katanya. – BERNAMA

Tags: Tambak Laut
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tambak Laut Tak Jejas Keselamatan Negara

30/11/2021
0

GEORGETOWN : Kerajaan Pulau Pinang mengadakan perbincangan berterusan dengan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan...

Tidak Sokong Projek Tambak Laut Jika Rugikan Rakyat

27/08/2017
0

BALIK PULAU - Kerajaan Persekutuan tidak akan menyokong projek tambakan laut di Pulau Pinang sekiranya ia akan memberi kerugian yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd