• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dulu Disisih, Kini Tiba-tiba Ada Bas Percuma Selangor

oleh
18/05/2016
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SUNGAI BESAR – Mungkin masih ramai mengingati insiden menyayat hati menimpa Siti Nuraisyah Sahrin yang hilang dua kakinya akibat digilis lori selepas dia terjatuh daripada motosikal diboncengnya pada 18 Januari lalu.

Hari itu, pelajar tingkatan 1 Sekolah Menengah Kebangsaan Bagan Terap dalam perjalanan pulang dengan kakak tirinya, Shamin Amirah Roslan ke rumahnya di Rancangan Tanah Belia 2 Sungai Panjang yang sejauh 20 kilometer.

Menunggang motosikal adalah perkara biasa bagi pelajar sekolah sebagai pengangkutan utama kerana kawasan didiami kira-kira 70 keluarga itu tidak mempunyai sebarang pengangkutan awam termasuk bas, sejak 1996 lagi.

Tiada syarikat yang berminat untuk melalui kawasan itu atas alasan tidak menguntungkan waima dibangkitkan ADUN Sungai Panjang, Budiman Mohd. Zohdi setiap kali sesi persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor.

Paling lawak, Bajet Selangor 2016 pada tahun lalu menyaksikan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengumumkan peruntukan sebanyak RM10 juta untuk memperluaskan perkhidmatan bas ‘Smart Selangor’.

azmin bas2

Ia disediakan secara percuma hanya melibatkan kawasan Ampang Jaya dan Kajang pada tahun ini. Jumlah tersebut adalah tambahan daripada peruntukan sebelum ini iaitu sebanyak RM3.5 juta di bawah program yang sama.

Asalnya program bas itu cuma meliputi kawasan Shah Alam, Subang Jaya dan Klang antara lain bagi mengatasi isu kesesakan trafik, alam sekitar termasuklah konon untuk meringankan beban kos sara hidup rakyat miskin Selangor.

Jika direnung, pelaksanaan perkhidmatan bas ‘Smart Selangor’ oleh kerajaan PKR Selangor itu seolah-olah perkara lucu dan tidak lebih sekadar kepen­tingan politik kerana semua kawasan dilalui merupakan ‘kubu kuat’ mereka.

Ia mahu menunjukkan kerajaan negeri prihatin de­ngan nasib rakyat. Kelakarnya ia tidak dinikmati rakyat luar bandar di daerah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor dan Sepang yang dikuasai Barisan Nasional (BN).

Allah Maha Kaya. Insiden helikopter terhempas di Sarawak yang mengorbankan Ahli Parlimen Sungai Besar, Datuk Noriah Kasnon pada 5 Mei lalu berjaya menonjolkan ‘wajah’ sebenar kerajaan PKR Selangor dalam isu tersebut.

azmin bas1

Tidak semena-mena, Mohamed Azmin tiba-tiba muncul menjadi tetamu kehormat pada majlis perasmian operasi Bas Smart Selangor sebanyak dua buah dan Stesen Bas Sungai Besar Sentral yang bernilai RM2 juta di sini hari ini.

Anehnya, beliau mengumumkan kos lebih RM620,000 setahun disediakan untuk perkhidmatan bas percuma di kawasan tersebut, sesuatu yang langsung tidak pernah disebut pun dalam pembentangan Bajet Selangor 2016 lalu.

Bagi penduduk tempatan, pelancaran operasi bas meliputi jarak 37 kilometer itu secara tersirat lebih kepada ‘gula-gula’ bagi meraih undi mereka menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) di kerusi Parlimen tersebut pada bulan depan.

Mohamed Azmin mungkin berjaya memperdayakan pengundi di Sungai Besar konon kerajaan negeri itu sebagai prihatin, namun rakyat melihat usaha beliau hanya cuba mengeksploitasi PRK demi kepentingan agenda politik.

Apakah Mohamed Azmin sanggup buat perkara sama jika tiada PRK dan kenapa Sungai Besar dipilih walhal dalam Bajet Selangor 2016, nama kawasan ini disisihkan hanya sebab wakil rakyatnya ialah BN. – Mynewshub.cc/HAA

Tags: Azmin AliSungai Besar
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Fokus Asah Bakat Lakonan, Idris Khan Akui Pernah Terima Mesej Lucah

Next Post

Ini Ke Model Kereta Kenari 2016??

Related Posts

Azmin Dakwa PN Mampu Menang 33 Kerusi Di Selangor

Azmin Dakwa PN Mampu Menang 33 Kerusi Di Selangor

25/07/2023
0

KUALA LUMPUR : Perikatan Nasional (PN) yakin mampu memperoleh sekurang-kurangnya 33 kerusi di Selangor, sekali gus merampas tampuk pentadbiran negeri...

Azmin Yakin Dakwaan Rasuah Pada BERSATU Tak Ganggu Persiapan PRN

Azmin Yakin Dakwaan Rasuah Pada BERSATU Tak Ganggu Persiapan PRN

21/02/2023
0

Ketua Penerangan PN Mohamed Azmin Ali yakin pendakwaan rasuah melibatkan kepimpinan Bersatu tidak akan mengganggu persiapan pilihan raya negeri (PRN)...

Next Post

Ini Ke Model Kereta Kenari 2016??

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd