• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, February 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dr Zeti Kebanggaan Malaysia – PM Najib

oleh Ahmad Albab
02/05/2016
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menzahirkan penghargaan kepada Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz, yang disifatkannya telah berkhidmat kepada negara dengan kecemerlangan yang amat tinggi sebagai Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM).

Najib berkata Zeti telah menerajui dan melaksanakan segala inisiatif bagi memastikan kestabilan sektor perbankan dan kewangan negara, selain berjaya meletakkan ekonomi Malaysia di kedudukan yang kukuh.

“Malaysia berasa bangga dengan sumbangan dan pencapaian selama ini oleh Dr Zeti, seorang tokoh wanita yang turut menerima pengiktirafan dan anugerah antarabangsa.

“Terima kasih Dr Zeti dan selamat maju jaya saya ucapkan,” kata Perdana Menteri dalam catatan di Facebooknya, semalam.

Zeti, yang bersara pada 30 April telah dipilih sebagai seorang daripada ketua bank pusat terbaik dunia oleh majalah Global Finance pada 2009.

Anak perempuan Profesor Diraja Ungku Aziz Ungku Abdul Hamid dan tokoh budaya Allahyarham Sharifah Azah Mohamed Alsagoff itu menyertai BNM pada 1985 sebagai Timbalan Pengurus di Jabatan Ekonomi.

Datuk Muhammad Ibrahim menggantikannya sebagai Gabenor BNM yang baharu. – BERNAMA

Tags: Zeti Akhtar Aziz
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mahkamah: Zeti Hadir Saksi Dalam Perbicaraan 1MDB

Mahkamah: Zeti Hadir Saksi Dalam Perbicaraan 1MDB

26/07/2023
0

KUALA LUMPUR – Bekas Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Tan Sri Zeti Akhtar Aziz hadir dan dijangka dan memberi kenyataan...

Isu Zeti : Banyak Soalan Tidak Dijawab

02/12/2021
0

SPRM sudah buat pendedahan. Najib juga sudah buat laporan polis. Rakyat tunggu tindakan seterusnya kerana timbul terlalu banyak persoalan. Siapa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd