• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Dok Kata Peti Ais Yang Bodoh, Tapi Dia Yang Paling Bodoh”

oleh AK-47
08/05/2016
dalam Hangat, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

AKSI bersahaja mencuit hati dua adik-beradik apabila menyebabkan pintu peti sejuk di rumah mereka tercabut menjadi viral menerusi Internet.

Pasangan Aril dan Afiq berjaya ‘mencuri hati’ netizen tempatan dengan gelagat selamba mereka yang cuba memasang kembali pintu peti ais tersebut.

Selain itu, kelihatan seorang kanak-kanak perempuan yang turut menyaksikan ‘pertengkaran manja’ antara si abang dan si adik.

Jelas kedengaran melalui video itu, ibu kanak-kanak itu memarahi mereka kerana telah menyebabkan kerosakan pada pintu peti sejuk itu.

“Hangpa (kamu berdua) pandai sangat, hangpa pi bubuh (buat rosak). Buka peti ais tak berhenti, minum ayaq (air) tak berhenti,” bebel si ibu.

Si abang dilihat cuba membetulkan pintu peti ais yang dirosakkan sambil mulutnya membebel memarahi si adik yang asyik menuduh peti ais itu sebagai ‘bodoh’.

“Yang hang pi hempas kuat-kuat pasai apa? Dok kata peti ais bodoh, dia yang bodoh,” bebel si abang kepada adiknya sendiri.

"Dok Kata Peti Ais Yang Bodoh, Dia Yang Bodoh"

Rancangan sembang santai Meletop Kebaboom turut telah menjemput pasangan adik-beradik itu untuk muncul dalam salah satu episodnya dua hari lalu.

Malah pihak rancangan itu juga sudi memberi hadiah saguhati sebuah peti ais kepada mereka kerana sanggup datang jauh dari Kedah ke Kuala Lumpur.

Nampaknya tidak sia-sia si ibu merakam aksi comel anak-anaknya itu, hinggakan membawa tuah. Buat Aril dan Afiq, jangan pula dirosakkan lagi pintu peti ais tu, he he he…. – MYNEWSHUB.CC

Tags: adik-beradikpeti aistercabut
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

ATM Kerah 3 Cabang Perkhidmatan Sertai Misi Mencari Helikopter

Next Post

10 Skim Pelaburan Ini Menjadi Sebutan, Tapi Baik Lari Jauh-Jauh

Related Posts

KPM Perluas Pengambilan Calon Guru PISMP Kepada Lepasan STPM, STAM, Matrikulasi

Tikam Rakan Kerana Dadah, Sumbat Mayat Dalam Peti Ais

13/04/2024
0

NEW YORK - Seorang lelaki ditahan pada Jumaat selepas didakwa menikam rakannya sehingga maut di New York, Amerika Syarikat dan...

Kuasa Twitter Pertemukan 4 Beradik

07/08/2019
0

KUALA LUMPUR - Kuasa Allah SWT dan kuasa media sosial, seorang adik berjaya menemui dua kakaknya dan seorang adik lelaki...

Next Post

10 Skim Pelaburan Ini Menjadi Sebutan, Tapi Baik Lari Jauh-Jauh

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd