• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

ATM Kerah 3 Cabang Perkhidmatan Sertai Misi Mencari Helikopter

oleh Ahmad Albab
06/05/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA SAMARAHAN – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah mengerahkan anggota tiga cabang perkhidmatan – udara, darat dan laut – bagi membantu operasi mencari dan menyelamat mangsa helikopter Eurocopter AS350 yang dipercayai terhempas ketika dalam perjalanan dari Betong ke Kuching, semalam.

Panglima Tentera Darat Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor berkata aset dikerahkan termasuk pesawat udara ‘Beechcraft’ bagi tujuan tinjauan, juruselam serta komando dalam operasi itu.

“Setelah mendapat berita (kehilangan helikopter) semalam, ‘Beechcraft’ kita terbangkan untuk tinjauan sehingga pagi tadi….dan pagi tadi sudah memulakan satu operasi tambahan.

“Kita juga telah gerakkan tiga perkhidmatan termasuk aset TLDM (Tentera Laut Diraja Malaysia), juruselam dan sebagainya kerana kita difahamkan ia berlaku di kawasan sungai.

“Di darat, kita kerahkan Komando 3 Briged, dan batalion dari Kem Sri Aman. Bagi pihak kami, seperti menteri (Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein) nyatakan, kita telah dan akan terus memberi yang terbaik sehingga kes selesai,” katanya kepada pemberita di Majlis Ramah Mesra bersama Warga Tentera di Kem Muara Tuang, di sini hari ini.

Semalam dilaporkan, helikopter jenis Eurocopter AS350 itu berlepas dari Betong pada 4.12 petang, dalam penerbangan ke Kuching, sebelum terputus hubungan.

Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Noriah Kasnon dan Ketua Setiausaha kementerian itu, Datuk Dr. Sundaran Annamalai antara enam yang berada dalam helikopter itu.

Sementara itu, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) mengerahkan lima aset dengan kekuatan 60 pegawai dan anggota dalam operasi SAR di laut hari ini,

APMM dalam kenyataan di sini hari ini, berkata operasi oleh APMM itu ditumpukan di sekitar perairan muara Batang Lupar dan Batang Sadong sehingga ke jarak lebih kurang lima batu nautika ke utara Tanjung Malaban.

Berikutan keluasan kawasan pencarian lebih kurang 150 batu nautika persegi, kawasan perairan itu dipercayai paling hampir dengan laluan helikopter tersebut, kata kenyataan itu. – BERNAMA

Tags: ATMnahas helikopter
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dua Anggota TDM Maut Dalam Insiden Latihan Membaling Grenad Di Kem Hobart

Dua Anggota TDM Maut Dalam Insiden Latihan Membaling Grenad Di Kem Hobart

16/06/2026
0

Oleh Mynewshub  GURUN, 16 Jun – Tentera Darat Malaysia (TDM) mengesahkan dua anggotanya meninggal dunia selepas terlibat dalam satu insiden...

ATM Hargai Sokongan Tunku Mahkota Ismail, Eksesais Ketenteraan Nadi Kesiagaan

ATM Hargai Sokongan Tunku Mahkota Ismail, Eksesais Ketenteraan Nadi Kesiagaan

27/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menghargai sokongan tidak berbelah bahagi Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail terhadap pasukan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd