• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dewan Rakyat Lulus Pindaan Rang Undang-Undang Gas

oleh Ahmad Albab
23/05/2016
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-Undang Bekalan Gas (Pindaan) 2016 bagi melaksanakan Sistem Akses Pihak Ketiga (TPA) dalam meningkatkan daya saing industri pembekalan gas negara.

Pindaan itu turut membabitkan Fasal 4 yang memperuntuk rang undang-undang itu terpakai bagi Sarawak setelah mendapat kelulusan Yang Dipertua Negeri Sarawak.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar ketika menggulung perbahasan rang undang-undang itu berkata pindaan berkenaan akan mewujudkan persaingan dengan penyertaan pihak ketiga dalam industri gas.

Beliau berkata industri pembekalan gas pada masa ini dimonopoli oleh penggiat-penggiat industri sedia ada seperti Petronas dan Gas Malaysia Berhad.

“Pada masa ini, satu-satunya pihak yang menjadi pembekal gas melalui talian paip penghantaran ialah Petronas, yang merupakan syarikat pengeluar gas negara, seterusnya menjual kepada pihak-pihak lain termasuklah Gas Malaysia Berhad.

“Petronas Gas Berhad ialah pemilik dan pengendali talian paip penghantaran dan terminal penggasan semula di Semenanjung Malaysia yang merupakan anak syarikat Petronas, dan situasi monopoli ini perlu diliberalisasi dengan mewujudkan sistem akses pihak ketiga supaya infrastruktur dan kemudahan gas dapat digunakan semua pihak,” katanya.

Abdul Wahid berkata melalui sistem pihak ketiga, pihak-pihak selain Petronas boleh melibatkan diri dalam industri pembekalan gas di Malaysia dengan menjadi pemegang lesen yang menggunakan infrastruktur gas seperti terminal penggasan semula, talian paip penghantaran dan talian paip pengagihan untuk menjual gas kepada pengguna.

Situasi itu akan memecahkan monopoli sedia ada serta mewujudkan persaingan sihat dalam pasaran dan memberi manfaat kepada pengguna melalui harga yang kompetitif dan perkhidmatan yang efisyen, katanya.

Rang undang-undang itu juga memperuntuk larangan terhadap aktiviti perjanjian yang antipersaingan serta menyalahgunakan kedudukan dominan bagi menjaga hak pengguna. – BERNAMA

Tags: Dewan RakyatRUU
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Jawatankuasa Parlimen Mahu Teliti Dokumen Perjanjian Pemindahan Gajah DAK Ke Jepun

Jawatankuasa Parlimen Mahu Teliti Dokumen Perjanjian Pemindahan Gajah DAK Ke Jepun

14/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Pilihan Alam Sekitar, Sains dan Perladangan Dewan Rakyat memaklumkan pihaknya masih memerlukan beberapa maklumat tambahan yang...

Anthony Loke Minta Orang Ramai Kecam MP Tak Sokong Usul Hadkan Tempoh Jawatan PM

Anthony Loke Minta Orang Ramai Kecam MP Tak Sokong Usul Hadkan Tempoh Jawatan PM

02/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook meminta orang ramai mengecam Ahli Parlimen yang tidak hadir...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd