• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 22, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

DAP Tidak Bela Nasib Setinggan Di Miri

oleh Ahmad Albab
04/05/2016
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MIRI – Kampung Api-Api adalah sebuah kawasan penemptan setinggan yang wujud di pinggir bandaraya Miri sejak 35 tahun lepas dengan kebanyakan penduduk di situ adalah kaum Iban.

Terletak hanya 10km dari pusat bandaraya ini, kehidupan 256 isi rumah di kawasan itu dalam keadaan daif tanpa bekalan elektrik serta tidak mampu membeli rumah.

Bagi Dubah Samak, 54, hidup tanpa bekalan elektrik sudah sebati dengan rutin hariannya malah set generator digunakan hanya dibuka menjelang waktu senja ataupun waktu-waktu tertentu seperti cuaca panas dan majlis keramaian bagi menjimatkan kos.

Ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, pendapatan bulanan wanita itu sebagai buruh hanya kira-kira RM400 sebulan dan tidak mampu menggunakan generator sepanjang masa dengan kos penyelenggaran mencecah RM500 sebulan.

Justeru, Dubah dan penduduk lain di kawasan itu dahagakan kemudahan bekalan elektrik, sebuah jambatan dan peluang memiliki rumah.

Menurut Dubah, sepanjang lima tahun DAP berpegang di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Piasau, perkara sedemikian tidak dapat ditunaikan oleh pemimpin-pemimpinnya.

Beliau mendakwa selepas memenangi pilihan raya negeri (PRN) pada 2011, tiada seorang pun pemimpin pembangkang datang menjenguk nasib mereka.

“Yang bersungguh-sungguh membantu kami iaitu kerajaan Barisan Nasional (BN) meskipun sudah kalah di kawasan ini namun mereka tetap turun padang membina jalan dan memberi peruntukan untuk menampung kos operasi mesin generator,” katanya kepada Bernama.

Timbalan Pengerusi I, Jawatankuasa Kampung Api-Api, Rimban Mawang, 40 berkata penduduk di situ sudah kecewa dengan prestasi DAP dan PKR yang selama ini ‘cakap tak serupa bikin’.

“Mereka hanya tahu untuk memburuk-burukkan calon BN dan menggunakan isu besar untuk menentang BN, namun tidak tahu untuk turun padang dan membantu kami.

“Misalnya, kami mahu sebuah jambatan untuk menghubungkan dengan jiran-jiran di kampung itu. Kami menyuarakannya kepada DAP namun selepas itu tidak kelihatan kelibat mereka,” katanya.

Beliau berkata apabila pemimpin BN turun padang, mereka terus sahaja bersetuju untuk membina jambatan sementara itu.

Sementara itu, seorang ahli jawatankuasa kampung berkenaan, Ita Ujuh, 34, bersyukur kerana jambatan kayu itu sudah siap dibina oleh kerajaan BN.

“Cuma sekarang kami masih berharap agar kerajaan negeri dapat memajukan kehidupan kami dengan memindahkan kami ke kawasan perumahan baharu,” katanya.

Pada PRN 2011, calon DAP, Alan Ling Sie Kiong mengalahkan calon BN dari SUPP, Tan Sri Dr George Chan dengan majoriti 1,590 undi.

Pada PRN 2016, Sabtu ini, wakil DAP itu akan mempertahankan kerusi itu dengan dicabar oleh Setiausaha Agung SUPP, Datuk Sebastian Ting. – BERNAMA

Tags: DAPPRN Sarawak
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pendakwa Raya Mohon Peneroka Haram Israel Dihukum

Next Post

Upah Murah Assasin Amatur Punca Kes Bunuh Meningkat

Related Posts

Gobind Pengerusi Baharu DAP, Guan Eng Dilantik Penasihat, Loke Kekal Setiausaha Agung

Gobind Pengerusi Baharu DAP, Guan Eng Dilantik Penasihat, Loke Kekal Setiausaha Agung

16/03/2025
0

SHAH ALAM: Lim Guan Eng gagal mempertahankan jawatannya sebagai Pengerusi Kebangsaan DAP pada mesyuarat pertama Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) baharu,...

‘Adakah Sebab Saya Menteri Dari DAP?’ – Loke Bidas Pengerusi PAC

‘Adakah Sebab Saya Menteri Dari DAP?’ – Loke Bidas Pengerusi PAC

05/02/2025
0

PUTRAJAYA: Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mempersoal tindakan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) untuk memanggil beliau susulan dakwaan kerugian RM500 juta...

Next Post

Upah Murah Assasin Amatur Punca Kes Bunuh Meningkat

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd