• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

DAP Akur Kehendak Rakyat Sarawak

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – DAP menerima kekalahan parti itu dan akur dengan kehendak rakyat dalam pilihan raya negeri Sarawak ke-11 (PRN-11), kata Pengerusi DAP negeri, Chong Chieng Jen.

“DAP telah tewas dalam pertempuran di pilihan raya ini,” katanya pada sidang media di ibu pejabat parti itu di sini.

Beliau mengakui pencapaian itu telah mengecewakan parti itu tetapi ia tidak akan menghalang daripada meneruskan perjuangan bagi menyediakan alternatif untuk rakyat Sarawak.

Beliau berkata peratusan keluar mengundi yang rendah merupakan salah satu penyebab parti itu kehilangan kerusi tetapi menambah bahawa jumlah undi kaum Cina tidak terlalu besar untuk Barisan Nasional (BN).

“Hanya lima peratus undi Cina beralih kepada BN. Kami akan melakukan ‘post-mortem’ dan faktor-faktor yang menyebabkan kekalahan supaya dapat memperbaiki diri dan kembali semula dengan lebih kuat,” katanya yang berjaya mempertahankan kerusi Kota Sentosa.

Pada pilihan raya negeri kali ini, DAP gagal mempertahankan lima kerusi apabila hanya meraih tujuh berbanding 12 kerusi dimenangi pada 2011.

Ditanya sama kekalahan parti itu disebabkan perbalahan agihan kerusi dengan PKR, Chong berkata isu itu akan dibincangkan semasa kajian semula prestasi parti itu.

Berhubung tindakan parti itu mencuba nasib di kerusi kawasan pedalaman, Chong berkata ia adalah keputusan yang betul tetapi mengakui politik luar bandar bukan sesuatu yang mudah.

Chong mengucapkan terima kasih kepada pengundi yang membantu beliau mengekalkan kerusinya dan berjanji akan terus memainkan peranannya di Dewan Undangan Negeri (DUN). – BERNAMA

Tags: DAPPRN Sarawak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Najib ‘Garis Merah’ DAP, Parti Perlu Bertindak – Kian Ming

Najib ‘Garis Merah’ DAP, Parti Perlu Bertindak – Kian Ming

19/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas pemimpin DAP, Dr. Ong Kian Ming berpandangan parti itu perlu mengambil tindakan lebih tegas sekiranya isu...

DAP Adakan ‘Mesyuarat Tergempar’ Esok Susulan Tahanan Rumah Najib

DAP Adakan ‘Mesyuarat Tergempar’ Esok Susulan Tahanan Rumah Najib

18/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP akan mengadakan mesyuarat esok bagi membincangkan dan memutuskan pendirian serta tindakan susulan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd