• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Curi Barang Bayi: Kerani Dipenjara Dan Didenda

oleh Ahmad Albab
16/05/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang kerani dijatuhi hukuman penjara dua hari dan denda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan mencuri pelbagai barangan bayi di sebuah kompleks beli-belah, di sini malam tadi.

Majistret Nur A’minahtul Mardiah Md Nor memerintahkan tertuduh Roziana Roslan, 39, menjalani hukuman itu bermula semalam dan penjara sebulan jika gagal membayar denda itu.

Wanita itu yang diwakili peguam Azi Azlin Zulkifli didakwa mencuri barangan itu berjumlah RM1,490 di pasaraya AEON Taman Maluri, Jalan Jejaka, Cheras, di sini pada 7.30 malam semalam.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak lebih 10 tahun atau dengan denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Di mahkamah sama, seorang penganggur Md Hairi Abdullah, 41, dijatuhi hukuman penjara lima hari dan denda RM100 selepas mengaku bersalah mencuri dua bungkus minuman Nescafe bernilai RM30.60 di sebuah pasaraya.

Dia yang diwakili peguam Rajsurian Pillai didakwa melakukan kesalahan itu di Pasaraya Segi Cash and Carry, Jalan 6/3, Pusat Bandar Utara, di sini, pada 7.15 malam semalam. – BERNAMA

Tags: dendaKes Curi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Netizen Pertikai Denda AFC Terhadap JDT

Netizen Pertikai Denda AFC Terhadap JDT

22/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Tindakan Jawatankuasa Etika dan Tatatertib AFC mengenakan denda AS$7,000 (RM27,700) terhadap Johor Darul Ta’zim (JDT) selepas tujuh...

AFC Denda Al-Ahli RM27,700 Lewat Kembali ke Padang Ketika Menentang JDT, Ali Majrashi Digantung Tiga Perlawanan

AFC Denda Al-Ahli RM27,700 Lewat Kembali ke Padang Ketika Menentang JDT, Ali Majrashi Digantung Tiga Perlawanan

22/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Juara bertahan Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE), Al-Ahli dikenakan denda oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) susulan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd