NAMPAKNYA penduduk Brazil bakal merasai satu pengalaman berlainan dari kebiasaan apabila berkunjung ke sebuah taman tema di sana.
Rollercoaster dan seks adalah duaperkara yang digemari ramai, justeru negara Brazil menggabungkan
kedua-dua elemen keseronokan itu di dalam satu tempat hiburan berkonsepkan seks sepenuhnya.

Dijadualkan pembukaannya pada tahun 2018, Erotikaland dibina berdekatan Piracicaba, yang terletak dua jam perjalanan dari bandaraya Sao Paolo.
Erotikaland hanya akan dibuka kepada pengunjung dewasa memandangkan tempat itu dilengkapi dengan pawagam yang mempunyai tempat duduk bergetar, kolam khas untuk berbogel serta permainan ‘bumper car’ berbentuk alat sulit.
Selain itu Erotikaland akan mempunyai beberapa tarikan lain seperti ‘taman permainan seks’, ‘kereta api keseronokan’ dan taman-taman yang dihiasi ukiran erotik.
Hidangan yang disediakan kepada pengunjung pula terdiri daripada bahan yang mampu menaikkan nafsu, berbeza dengan taman tema yang biasanya hanya menghidangkan pretzels dan aiskrim.
Walaupun taman ini berunsurkan seks sepenuhnya, namun para pengunjung dilarang melakukan seks di dalamnya. Jika mereka ingin melepaskan ‘hajat’ dan keinginan seksual pengunjung diminta pergi ke hotel berdekatan.
Erotikaland mungkin kedengaran agak tidak masuk akal, namun menurut pelaburnya taman itu akan mempromosikan gaya hidup seks yang sihat dan kakitangannya menggalakkan penggunaan kondom.
Pembinaan taman ini bagaimana pun mungkin terhenti sekiranya mendapat penentangan daripada Parti Sosialis Kristian yang mengetuai Majlis Perbandaran Piracicaba.
Menurut seorang ahli Parti Sosialis Kristian, Matheus Erler, dia berasa risau dengan pembinaan taman itu yang mungkin akan menarik individu rosak akhlak ke Brazil dan menjadikan negara itu dikenali sebagai ibu kota seks. – MYNEWSHUB.CC