• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bojan Hodak, Nenad Bacina Pikul Tugas Berat

oleh Ahmad Albab
25/05/2016
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGETOWN – Bekas ketua jurulatih Kelantan dan Johor Darul Ta’zim (JDT), Bojan Hodak dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) skuad Liga Super Pulau Pinang.

Bekas jurulatih JDT II, Nenad Bacina pula dilantik sebagai pengurus pasukan merangkap ketua jurulatih baharu bagi menggantikan Azzizudin Mohd Shariff yang melepaskan jawatan minggu lepas.

Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP) mengumumkan pelantikan Hodak dan Bacina hari ini dalam usaha membantu menyelamatkan skuad Harimau Kumbang tercicir daripada saingan Liga Super musim depan.

Presiden FAP, Datuk Seri Nazir Ariff Mushir Ariff, ketika mengumumkan pelantikan itu dalam sidang media di sini, berkata beliau berharap Pulau Pinang dapat melonjakkan kedudukan dan kekal dalam saingan Liga Super.

Kedua-dua jurulatih berpengalaman itu akan bersama Pulau Piunang sehingga penghujung Liga Super musim ini, katanya.

Pulau Pinang, yang tersingkir dalam kempen Piala Malaysia musim ini, kini tercorot dalam kedudukan Liga Super dengan hanya mencatatkan satu kemenangan, empat seri dan tujuh kekalahan.

Kini Liga Super berbaki 10 perlawanan.

Bagaimanapun, nasib jurulatih Jacksen Tiago yang digantung tugasnya belum diketahui dan rundingan antara FAP dan Tiago masih dijalankan.

Sementara itu, Hodak, yang berasal dari Croatia, berkata beliau perlu melakukan analisis terhadap skuad Harimau Kumbang sebelum melakukan rombakan.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan menggugurkan pemain import dan tempatan sekiranya tidak menampilkan aksi yang baik dalam baki perlawanan musim ini.

“Masalah utama pasukan Pulau Pinang musim ini ialah kehadiran pemain muda yang kurang berpengalaman dalam kempen Liga Super,” katanya.

Antara kejayaan yang pernah dikecapi oleh Hodak adalah membantu Kelantan merangkul kejua­raan treble Piala Malaysia, Liga Super dan Piala FA pada musim 2012 sebelum membantu JDT muncul juara Liga Super 2014. – BERNAMA

Tags: Bojan Hodak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Hodak Harap Keputusan Positif Di Bangkok

30/05/2018
0

SEPANG – Ketua jurulatih skuad bola sepak Bawah-19 (B-19) negara, Bojan Hodak berharap anak buahnya dapat mencatat keputusan positif dalam...

Hodak Mahu Pasukan B-18 Tampil Prestasi Terbaik

12/03/2018
0

PETALING JAYA – Ketua jurulatih skuad Bawah 18 Tahun (B-18) negara, Bojan Hodak menggesa anak buahnya mempamerkan prestasi terpuji pada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd