Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

Bapa Tinggal Bayi Dalam...

LOS ANGELES - Seorang lelaki berdepan hukuman penjara sehingga enam tahun kerana meninggalkan...

Gempa Kuat 6.7 Magnitud...

SANTIAGO - Gempa bumi berukuran 6.7 magnitud melanda wilayah yang bersempadan antara Chile...

Arak Timah: “Adakah Kena...

KUALA LUMPUR - Isu jenama produk yang mudah disalah tafsir perlu diperjelaskan agar...

Dana Kerajaan Cukup Untuk...

PORT DICKSON - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan...

BN Tak Ambil Pendekatan Politik, Tumpu Kepada Gerak Kerja

IPOH – Barisan Nasional (BN) tidak akan mengambil pendekatan keterlaluan untuk bermain dengan sentimen politik tertentu tetapi memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat menerusi gerak kerja jentera yang diatur.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata BN lebih menumpukan kepada disiplin gerak kerja jenteranya sebagai satu pasukan bagi memastikan kemenangan pada pilihan raya kecil (PRK) Kuala Kangsar 18 Jun ini.

“Pada pilihan raya kali ini, kita akan memberikan gerak kerja sama seperti pilihan raya sebelum ini dengan pendekatan mungkin ada kelainannya. Apa yang penting ialah gerak kerja kita adanya kesepaduan, tidak hilang sasaran dan tidak tersasar dari segi pendekatan.

“Saya telah meminta semua jentera kita supaya mengelak pendekatan ala pembangkang, lebih baik kita gunakan pendekatan bagaimana boleh menjadi pilihan yang baik buat rakyat,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco negeri di sini, hari ini.

Menteri Besar Perak itu berkata PRK kali ini memberi tumpuan bagaimana menarik pengundi-pengundi untuk menyokong BN tanpa memikirkan siapa calon yang akan bertanding.

“Kami memikirkan bagaimana untuk meneruskan kesinambungan tradisi dalam berkhidmat kepada rakyat. Sebab itu, kita tidak fikir tentang perbalahan siapa calon.

“Dan Timbalan Perdana Menteri (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi) telah pun menekankan dalam pertemuan dengan semua anggota semalam bahawa kita semua akan bersatu apabila seorang calon dinamakan untuk mewakili BN di Parlimen Kuala Kangsar,” katanya

Beliau berkata keputusan pemilihan calon akan diumumkan Perdana Menteri selaku Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Apabila diumumkan, maka itulah calonnya dan kita perlu menerima seterusnya bekerja bagi memastikan BN menang. Apa yang penting, calon itu seperti sering kali saya tekankan perlu mempunyai kriteria boleh diterima, disenangi dan mampu mencapai kemenangan,” katanya.


Zambry berkata BN juga akan menjalankan proses pemutihan bagi mengenal pasti anggota BN termasuk UMNO yang tidak mengundi pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.

Beliau mengulas kenyataan Ahmad Zahid semalam berhubung lebih 2,000 anggota UMNO yang mempunyai jawatan dalam parti tetapi tidak mengundi pada PRU ke-13.

Dalam pada itu, katanya BN akan melihat beberapa perkara yang disusun oleh Allahyarham Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad bagi Parlimen Kuala Kangsar sebelum ini.

“Beliau pernah berbincang dengan saya sebelum ini tentang visi untuk Kuala Kangsar dan beberapa perkara yang telah beliau janjikan. Apa yang kita lakukan adalah menyelaraskan perkara yang Allahyarham janjikan,” katanya.

PRK Kuala Kangsar diadakan berikutan kematian Wan Mohammad Khair-il Anuar dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak, 5 Mei lepas.

Turut terkorban dalam nahas itu ialah Anggota Parlimen Sungai Besar, Selangor yang juga Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Noriah Kasnon.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan PRK Parlimen Kuala Kangsar dan PRK Sungai Besar diadakan serentak pada 18 Jun, manakala penamaan calon pada 5 Jun. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori