• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, September 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Berubah Alim Apabila Kena Perang Psikologi JDT – TMJ

oleh Ahmad Albab
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyindir ramai pihak tiba-tiba menjadi sensitif dan berubah menjadi alim apabila pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) melakukan sedikit perang psikologi ke atas pasukan mereka.

Baginda selaku pemilik pasukan JDT berkata, golongan terbabit menunjukkan sikap yang berbeza apabila JDT kalah dengan menjadikan JDT sebagai bahan jenaka hingga sanggup memijak bendera Johor.

“Namun apabila kami melakukan sedikit perang psikologi kepada mereka, semua orang tiba-tiba berubah menjadi orang yang alim. Apabila ia datang daripada saya atau JDT, sesetengah orang menjadi terlalu sensitif.

“Saya tidak tahu mengapa. Mungkin kerana teman wanita mereka mahu merakamkan gambar bersama saya atau anak-anak mereka melihat saya sebagai seorang wira. Saya tidak tahu. Apa-apa sahajalah,” sindir baginda dalam satu wawancara yang disiarkan di laman Facebook Johor Southern Tigers hari ini.

Tunku Ismail berkata demikian sebagai mengulas kritikan yang dilemparkan ke atas baginda berikutan sekeping gambar baginda sedang diberi hidangan gajah yang disiarkan di laman Facebook berkenaan hari ini.

Pasukan JDT menewaskan pasukan Pahang 6-0 dalam aksi Liga Super 2016 di Stadium Darul Makmur malam tadi.

Titah Tunku Ismail, tiada sebarang isu peribadi di sebalik gambar itu sebaliknya hanya sekadar `suka-suka’ untuk rakan baginda iaitu bekas Ketua Pegawai Eksekutif Pahang.

“Hakikatnya kita semua adalah rakan-rakan. Dalam bola sepak pegawai-pegawai tertinggi seperti presiden, pemilik, CEO, jurulatih, pemain dan kakitangan semua adalah rakan-rakan.

“Kami makan bersama-sama, kami saling berhubung, kami keluar bersama-sama dan sebagainya. Ia berlaku di sini, di Eropah atau di negara-negara lain. Orang-orang yang sentiasa bertelagah adalah penyokong. Ianya kelakar,” titah baginda. – MYNEWSHUB.CC

Tags: TMJTunku Mahkota Johor
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Exco Johor Nafi Dakwaan SSI Bukan Milik JDT

JDT Cipta Sejarah Dunia, Pecah Rekod 32 Tahun ASEC Mimosas

22/08/2026
0

Oleh Mynewshub ISKANDAR PUTERI – Malam 21 Ogos 2026 akan tercatat sebagai salah satu malam paling bersejarah bukan sahaja buat...

Payah Juga Bila Hubungan Baik Ditafsir Sebagai Pengawalan Istana Ke Atas Sesuatu Pihak

Payah Juga Bila Hubungan Baik Ditafsir Sebagai Pengawalan Istana Ke Atas Sesuatu Pihak

25/06/2026
0

Oleh Mynewshub JOHOR BAHRU – Dakwaan Datuk Dr. Mohd Puad Zarkashi bahawa UMNO Johor kononnya dikawal oleh Istana Johor boleh...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd