• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Beri Ruang Leong Timbang Semula Keputusan Keluar MCA

oleh Ahmad Albab
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LANGKAWI – Timbalan Pengerusi MCA Kedah, Datuk Dr. Leong Yong Kong yang mengumumkan mahu keluar partinya semalam perlu diberi ruang dan waktu untuk menimbangkan semula keputusannya itu, kata Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah.

Katanya Leong yang juga seorang daripada anggota Exco negeri wajar dibenarkan bercuti selama dua minggu bagi membolehkannya menenangkan fikiran dan memahami keadaan sebenarnya tentang isu yang menyebabkan beliau bertindak untuk keluar parti.

“Lepas dia bercuti itu nanti, (barulah) saya akan jumpa dia tapi saya memang sudah bercakap (dengannya) dalam (perbualan) telefon,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis penyampaian bantuan bencana dan elaun sara hidup nelayan di Kompleks Perikanan Penarak di sini.

Menurutnya tindakan Leong semalam merupakan sesuatu yang tidak disangkakan oleh beliau yang ketika itu masih berada di Kuala Lumpur kerana menghadiri mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di sana.

“Tapi tak apalah. Kita akan cuba selesaikan masalah ini dengan cara semangat Barisan Nasional,” katanya.

Leong yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Gurun mengumumkan akan keluar daripada MCA dalam satu sidang media di Alor Setar semalam kerana tidak berpuas hati dengan pembentangan Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan 2010) di Dewan Rakyat, kelmarin.

Bagaimanapun, beliau tidak meletakkan jawatannya sebagai exco dan menyerahkan kepada Presiden MCA Datuk Seri Liow Tong Lai untuk menggantikannya (sebagai timbalan pengerusi MCA Kedah).

Berikutan pengumuman beliau itu, Pengerusi MCA Kedah Datuk Lee Chee Leong memberi tempoh dua minggu kepada Leong untuk mempertimbangkan semula keputusannya itu.

Leong memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gurun pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) dan dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar, Hal Ehwal Masyarakat Cina, India dan Siam, Kesihatan dan Perpaduan pada 20 Mac 2014. – BERNAMA

Tags: MCA
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Projek Pengangkutan RM21 Bilion Untuk Pulau Pinang, Anthony Loke Perlu Jelaskan Agihan 13 Negeri Lain

Projek Pengangkutan RM21 Bilion Untuk Pulau Pinang, Anthony Loke Perlu Jelaskan Agihan 13 Negeri Lain

23/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan digesa mendedahkan jumlah keseluruhan projek pengangkutan yang diluluskan kepada 13 negeri lain susulan dakwaan Pulau Pinang...

Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Seru Undi Calon MCA, MIC

Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Seru Undi Calon MCA, MIC

24/07/2026
0

SEREMBAN - Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang menyeru penyokong PAS dan seluruh rakyat Negeri Sembilan mengundi calon MCA...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd