Bekas penyampai televisyen yang telah memalsukan kematiannya sendiri, berjaya ditahan selepas 17 tahun bersembunyi.
Roberto Saenz de Heredia, merupakan pengacara TV di Foxtel, melarikan diri ke Australia pada 1999 selepas didakwa cuba membunuh seorang lelaki, Brett Boy dan kekasihnya yang juga seorang model, Simone Farrow.
Dia didakwa menghantar bahan letupan ke rumah pasangan berkenaan pada 1998 selepas bergaduh berhubung wang sebanyak $80,000.
Bekas pengacara berkenaan ditangkap sebaik sahaja tiba di England dari Sepanyol, untuk melawat ibu dan adiknya.
Pihak berkuasa menahannya di Lapangan Terbang Gatwick pada 27 April lalu selepas mendapati dia menggunakan pasport palsu.
Kali terakhir Roberto dilihat adalah pada 27 Julai 1999, dengan memandu sebuah kereta di Rose Bay, Sydney.
Kenderaan itu kemudiannya ditemui beberapa hari selepas itu dengan tempat duduk dan pintu kereta dipenuhi darah namun mayat Roberto tidak ditemui.
Selepas siasatan dijalankan, polis mendapati dia sengaja memalsukan kematiannya. Dia melarikan diri ketika itu selepas polis memburunya kerana menghantar bahan letupan kepada Boyd dan Farrow.
Boyd mengalami kecederaan parah akibat letupan tersebut dan hilang penglihatan sebelah mata.
Boyd bagaimanapun membunuh diri pada 2008 manakala Farrow pula berhijrah ke Amerika Syarikat dan menjadi penyanyi dengan menggunakan nama Simone Starr sebelum ditangkap.
Polis percaya mereka terlibat dalam pengedaran dadah ke Australia.