• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bakar Rumah Lepas Tahu Suami Kahwin Rahsia

oleh
21/05/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

DUBAI – Gara-gara tidak dapat mengawal emosi setelah menerima mesej yang tidak disangka-sangka daripada suaminya, seorang wanita hilang sabar lalu bertindak langsung membakar rumah mereka.

Akhbar tempatan Gulf News melaporkan, wanita yang sudah membina mahligai selama 10 tahun dan ada enam orang anak itu terkejut apabila mendapat tahu bahawa suaminya sudah pun berkahwin lagi.

Malah, suaminya itu juga dilaporkan sedang seronok bercuti ‘bulan madu’ di luar negara bersama-sama dengan isteri keduanya secara rahsia tanpa sebarang pengetahuan oleh si isteri pertamanya tersebut.

Dalam keadaan marah yang tidak terhingga, wanita berkenaan membakar rumah mereka yang terletak di bandar raya pelabuhan ternama Jazan, iaitu ibu kota wilayah Jizan pesisir Laut Merah di Arab Saudi.

jizan

Namun apabila panik melihat rumahnya itu hangus dijilat api yang marak, beliau kemudian segera pula bergegas mendapatkan bantuan daripada jiran tetangga berhampiran, lapor media tempatan.

Menurut jurucakap pihak bomba, seorang kanak-kanak berusia lima tahun disahkan cedera akibat kebakaran besar itu yang berjaya dikawal daripada merebak ke beberapa rumah penduduk di sekitarnya.

“Wanita ini membakar rumahnya sebagai melepaskan kemarahannya terhadap perkahwinan kedua suaminya itu. Salah seorang daripada anaknya cedera akibat kebakaran,” menurut laporan akhbar Al Sada.

Api akhirnya dipadamkan oleh pasukan pertahanan awam tempatan tetapi tidak pula diketahui bagaimanakah nasib wanita itu untuk meneruskan kehidupannya semula. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Arab Saudibulan madu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Prasyarat Baharu Visa Haji 2026

Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Prasyarat Baharu Visa Haji 2026

15/02/2026
0

KUALA LUMPUR: Kerajaan Arab Saudi menetapkan bayaran dam sebagai prasyarat baharu bagi proses pengeluaran visa haji kepada jemaah yang melaksanakan...

‘Mungkin Jho Low Kongsi Nombor Akaun Kepada Kerabat Arab Saudi’ – Najib

‘Mungkin Jho Low Kongsi Nombor Akaun Kepada Kerabat Arab Saudi’ – Najib

10/01/2025
0

PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Razak memberitahu Mahkamah Tinggi, di sini, hari ini, berkemungkinan nombor akaun peribadi Ambank miliknya dikongsi oleh...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd