• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 29, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Azmin Dilihat Cuba Cabar Hak Kerajaan Sarawak

oleh Ahmad Albab
02/05/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Kenyataan Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali yang berkeras mahu memasuki Sarawak esok seolah-olah cuba mencabar hak kerajaan Sarawak yang melarangnya berbuat demikian, kata Presiden Pakatan Ngo Pro Barisan Nasional (BN) Zulkarnain Mahdar.

Beliau berkata Sarawak mempunyai hak untuk menghalang mana-mana individu memasuki negeri itu seperti termaktub dalam Perjanjian Malaysia ketika Sarawak dan Sabah bersama-sama membentuk Persekutuan Malaysia pada tahun 1963.

Katanya sekiranya Menteri Besar Selangor itu tetap berkeras meneruskan niatnya memasuki Sarawak sedangkan beliau dilarang berbuat demikian dari esok hingga 7 Mei ini, ia akan menimbulkan kebencian rakyat Sarawak terhadapnya.

“Ini kerana tindakan Menteri Besar Selangor itu seolah-olah mencabar kuasa imigresen yang menjadi hak kerajaan negeri Sarawak. Isu imigresen perkara yang cukup sensitif oleh sebilangan besar penduduk asal Sarawak.

“Apabila Azmin dilihat cuba mencabar undang undang berkaitan hak imigresen ini, dikhuatiri akan menyebabkan tindak balas yang melampau terhadap Azmin oleh penduduk asal Sarawak,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini bagi mengulas kenyataan Azmin itu.

Jumaat lepas, kerajaan Sarawak membenarkan Azmin masuk ke negeri itu tetapi hanya memberikan kebenaran terhad iaitu mesti keluar sebelum 2 Mei dan tidak dibenarkan masuk semula ke negeri itu sehingga 7 Mei.

Sehubungan itu, Zulkarnain menasihatkan Azmin supaya tidak bersikap sombong dan menunjukkan keegoannya kepada rakyat Sarawak sebaliknya mencontohi Naib Presiden PKR Rafizi Ramli yang telahpun dibenarkan memasuki Sarawak setelah membuat permohonan.

“Budaya politik di Sarawak masih dipengaruhi oleh budaya politik kesederhanaan dan aman. Justeru mendesak kerajaan negeri berkaitan isu imigresen … satu tindakan kurang bijak yang dilakukan oleh Azmin,” katanya. – BERNAMA

Tags: Azmin Ali
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Teaser Filem Kabali Raih 5 Juta Tontonan Di YouTube

Next Post

Ditetak Di Kepala, Dikelar Seluruh Badan Angkara Dendam

Related Posts

Azmin Dakwa PN Mampu Menang 33 Kerusi Di Selangor

Azmin Dakwa PN Mampu Menang 33 Kerusi Di Selangor

25/07/2023
0

KUALA LUMPUR : Perikatan Nasional (PN) yakin mampu memperoleh sekurang-kurangnya 33 kerusi di Selangor, sekali gus merampas tampuk pentadbiran negeri...

Azmin Yakin Dakwaan Rasuah Pada BERSATU Tak Ganggu Persiapan PRN

Azmin Yakin Dakwaan Rasuah Pada BERSATU Tak Ganggu Persiapan PRN

21/02/2023
0

Ketua Penerangan PN Mohamed Azmin Ali yakin pendakwaan rasuah melibatkan kepimpinan Bersatu tidak akan mengganggu persiapan pilihan raya negeri (PRN)...

Next Post

Ditetak Di Kepala, Dikelar Seluruh Badan Angkara Dendam

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd