• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, October 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Awi Rafael Kemalangan, Alami Kecederaan Bahagian Kaki

oleh AK-47
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PENYANYI kelahiran Singapura, Awi Rafael atau nama sebenarnya Muhammad Namawi Ewan Gunawan Rafael, 30, dikhabarkan telah terlibat dalam satu kemalangan dekat ibu negara jam 1 pagi tadi.

Jelas Anne Mokhtar dari bahagian Promosi Domestik Warner Music, motosikal yang ditunggang Awi telah dilanggar sebuah kereta semasa dalam perjalanan ke studio muzik berdekatan kawasan perumahannya di Kota Damansara.

Awi Rafael Kemalangan, Mengalami Kecederaan Bahagian Kaki

Tambah Anne lagi kepada sebuah portal akhbar, Awi kini sedang menerima rawatan di sebuah hospital dan berada dalam keadaan stabil.

Difahamkan, dalam kejadian itu, Awi diseret oleh kereta yang melanggarnya dan menyebabkan dia mengalami kecederaan pada bahagian kaki.

Namun menurut Anne lagi, pemilik kenderaan itu turut menghantar Awi ke hospital berdekatan untuk mendapatkan rawatan. Awi akan dibenarkan pulang pada hari ini atau esok.

Awi Rafael Kemalangan, Mengalami Kecederaan Bahagian Kaki
Awi Rafael, 30, dikhabarkan telah terlibat dalam satu kemalangan dekat ibu negara jam 1 pagi tadi.

“Insiden itu turut menyebabkan dirinya diseret kereta berkenaan, menyebabkan kecederaan pada bahagian kakinya.

“Pemilik kereta itu bergegas membawanya ke hospital berdekatan. Dia dimasukkan ke hospital dan menerima rawatan sekitar jam 3 pagi.

“Alhamdulillah kini Awi sudah okey dan menurut doktor, dia boleh keluar hospital sama ada hari ini atau esok,” kata Anne.

Diharapkan peminat-peminat Awi dari kedua-dua negara dapat mendoakan kesejanteraannya dan dapat kembali berkasi seperti sedia kala. – MYNEWSHUB.CC

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mujahid Desak UMNO Jelaskan Isu Surat Ismail Kepada Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja

Mujahid Desak UMNO Jelaskan Isu Surat Ismail Kepada Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja

17/10/2026
0

Oleh Mynewshub PETALING JAYA – UMNO digesa menjelaskan sama ada mengetahui atau merestui surat yang didakwa diutus Menteri Besar Negeri...

Nik Nazmi Sahkan Ditahan JAIS, Mohon Maaf Kepada Isteri Dan Keluarga

Nik Nazmi Sahkan Ditahan JAIS, Mohon Maaf Kepada Isteri Dan Keluarga

17/10/2026
0

OLEH MYNEWSHUB   PETALING JAYA: Pemimpin Bersama, Nik Nazmi Nik Ahmad, mengesahkan beliau antara dua individu yang ditahan Jabatan Agama...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd