• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Awek Cina Disuruh Nyanyi Negaraku Bukti Warganegara

oleh AK-47
dalam Hangat, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ADALAH perkara biasa bagi pengguna jalan raya sekiranya ditahan semasa operasi roadblock seandainya sikap atau tingkah laku dilihat ‘mencurigakan’ oleh polis yang bertugas.

Seorang wanita berbangsa Cina terpaksa melalui detik malang apabila ditahan polis trafik dalam satu sekatan jalan raya kerana disyaki sebagai warga asing.

Menurut sebuah portal, mangsa bersama teman lelakinya semasa insiden itu.

Gara-gara gagal menunjukkan kad pengenalan ketika ditahan, mangsa yang dikenali sebagai Raine Lee disuruh menyanyikan lagu Negaraku bagi membuktikan dirinya adalah warganegara Malaysia.

Awek Cina Disuruh Nyanyi Negaraku Bukti Warganegara

Raine, 25; memberitahu anggota bertugas itu bahawa dia tercicir kad pengenalannya dan menunjukkan lesen memandunya, namun polis trafik itu tidak mempercayainya.

Mereka malah mendakwa bahawa lesen memandu dan gambarnya adalah palsu serta turut mengesakinya adalah warga China.

“I lied that i just lost my IC earlier & gave him my driver’s license but he kept saying it’s fake cos it doesn’t look like me. adding on that he’s positive I’m from China,” tulisnya.

Awek Cina Disuruh Nyanyi Negaraku Bukti Warganegara

Selepas kejadian itu, Raine kemudian memuat naik cerita itu di laman Facebooknya dan mengakui bahawa kad pengenalan dirinya telah hilang dua bulan lalu, berbeza dengan apa yang diberitahu kepada anggota bertugas itu.

Walaupun tidak dapat melengkapkan nyanyian lagu Negaraku, Raine dilepaskan oleh anggota polis trafik berkenaan.

Pengajarannya, jangan sesekali hilangkan kad pengenalan anda dan salahkan pihak berkuasa sekiranya mereka ‘meminta’ anda untuk menyanyikan lagu Negaraku bagi membuktikan status kewarganegaraan.

Hurmm… Anda rasa semua rakyat Malaysia hafal tak lagu kebangsaan tu. Bagi yang tak hafal tu, cepat-cepatlah menghafalnya kalau tak mahu kena saman… – MYNEWSHUB.CC

Tags: AwekcinaNegaraku
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Bukan BN Tapi PH Yang Bermain Isu Perkauman – Chong Sin Woon

Bukan BN Tapi PH Yang Bermain Isu Perkauman – Chong Sin Woon

02/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung MCA, Datuk Chong Sin Woon melahirkan rasa kesal dengan tuduhan Pakatan Harapan (PH) konon Barisan...

Mat Sabu Dakwa Guan Eng Penyelamat Tabung Haji – “Apa Orang Melayu Nak Kata Sekarang?”

Mat Sabu Dakwa Guan Eng Penyelamat Tabung Haji – “Apa Orang Melayu Nak Kata Sekarang?”

30/07/2026
0

SEREMBAN - Timbalan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Mohamad Sabu mendakwa laporan Suruhanjaya Diraja (RCI) mengenai Lembaga Tabung Haji...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd